Terima Kasih Semua, Harap Pola PRK Slim Dikekalkan – Mohamad Hasan

TANJUNG MALIM, 30 Ogos – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan melahirkan rasa syukur atas kemenangan BN yang mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim dan mengucapkan terima kasih kepada pengundi serta seluruh jentera parti. Menurut beliau kemenangan berkenaan menunjukkan bahawa rakyat masih merasai keperitan di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) sebelum ini selama 22 bulan. ‘’Penolakan […]

» Read more

PDRM Tahan 79 Individu Ingkar Arahan PKPP – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 29 Ogos – Meskipun sudah 81 hari negara berada di bawah penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), masih ada individu yang melanggar arahan itu dengan 79 orang ditahan atas kesalahan tersebut semalam. Dalam kenyataannya mengenai perkembangan PKPP hari ini, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata daripada jumlah itu, 51 dikompaun manakala 28 lagi direman. […]

» Read more

Kenaikan Kompaun: KKM Akan Dapatkan Maklum Balas Masyarakat

KOTA TINGGI, 29 Ogos – Kementerian Kesihatan (KKM) akan mendapatkan maklum balas masyarakat sebelum meneruskan langkah seterusnya berhubung cadangan menaikkan kadar kompaun bagi pelanggaran Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Menterinya Datuk Seri Dr Adham Baba berkata ini berikutan ada pihak yang meminta agar kadar kompaun sedia ada dikurangkan bagi memastikan rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah, tidak terbeban. “Kementerian […]

» Read more

PRK Slim: 41 Peratus Keluar Mengundi Setakat 1 Tengah Hari

TANJUNG MALIM, 29 Ogos – Sebanyak 41 peratus daripada 22,749 pengundi biasa bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim telah keluar menunaikan tanggungjawab mereka setakat 1 tengah hari ini, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Proses pengundian yang bermula tepat jam 8 pagi berlangsung di 12 pusat mengundi iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Sulaiman; SK Trolak Utara; SK […]

» Read more

Pengundian PRK Slim Bermula 8 Pagi Hari Ini

TANJUNG MALIM, 29 Ogos – Pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim berlangsung hari ini dalam kebiasaan baharu ekoran penularan wabak COVID-19. Sebanyak 12 pusat mengundi membabitkan 54 saluran dibuka mulai 8 pagi hingga 5.30 petang. Proses pengudian selama 9 jam setengah itu melibatkan seramai 22,749 pemilih berdaftar yang layak menunaikan tanggungjawab mereka. Daftar pemilih DUN […]

» Read more

Pendidikan Rukun Negara Perlu Diterap Seawal Peringkat Tadika – Halimah

PUTRAJAYA, 28 Ogos – Pendidikan Rukun Negara perlu dimasukkan ke dalam sistem pendidikan negara seawal peringkat pendidikan awal kanak-kanak di tadika dan diteruskan sehingga ke peringkat sekolah rendah dan menengah, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique. “Kita tak nak Rukun Negara sekadar dinyatakan di buku-buku latihan tetapi tidak ada penghayatan dan tidak ada amalannya, jadi kita nak masukkan […]

» Read more

PKPP Dilanjutkan Sehingga 31 Dis – Muhyiddin

KUALA LUMPUR, 28 Ogos – Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang dijadual berakhir Isnin ini dilanjutkan sehingga 31 Dis depan, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Menurutnya, dengan pelanjutan tempoh PKPP, tindakan penguatkuasaan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 atau Akta 342 masih boleh diambil. “Ini adalah untuk memastikan semua pihak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) […]

» Read more

Pembukaan Semula Sempadan Negara Perkara Terakhir Dilihat Bagi Kekang Penularan Covid-19 Baru

PUTRAJAYA, 28 Ogos – Pembukaan semula pintu sempadan negara kepada pelancong asing adalah perkara terakhir yang dilihat kerajaan untuk terus mengekang penularan wabak COVID-19 dan kes baharu, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Katanya kerajaan sebelum ini sedang meneliti rayuan untuk kemasukan tukang masak dari Thailand dan pembantu rumah dari Indonesia, namun perkara itu ditangguh buat […]

» Read more

ASNB Umum Agihan Pendapatan Sebanyak RM907.3 Juta Untuk ASM 2 Wawasan

KUALA LUMPUR, 28 Ogos – Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) mengumumkan pengagihan pendapatan berjumlah RM907.3 juta untuk unit amanah harga tetap Amanah Saham Malaysia 2 – Wawasan (ASM 2 Wawasan) bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2020. PNB dalam satu kenyataan hari ini berkata pengagihan pendapatan tersebut akan memanfaatkan 890,038 […]

» Read more
1 1,007 1,008 1,009 1,010 1,011 1,514