Fokus Terus Perkukuh UMNO, Musliati Tekad Perkemas Gerak Kerja Terapkan Semangat Perjuangan

KOTA KINABALU, 17 Jan – Keutamaan memastikan pelaksanaan perjuangan UMNO demi mengekalkan maruah dan martabat agama, bangsa dan negara tidak pernah luntur malah diaplikasi dengan menerapkan permuafakan bersama rakyat.

Ketua UMNO Bahagian Kota Kinabalu, Musliati Moslimin memaklumkan bahawa keutamaan kini adalah mendukung aplikasi Kerajaan Perpaduan dengan fokus kepada kesejahteraan rakyat dan masa hadapan negara.

“Kita mahu memperkukuh UMNO dengan memastikan anggota akar umbi selari sepakat dan bersama-sama sama ada di peringkat Cawangan, Bahagian, negeri dan pusat. Kita tumpu kepada kerja dalam parti dengan menerapkannya untuk bersama rakyat iaitu melaksanakan khidmat bakti dan sebagainya,” katanya kepada UMNO Online.

Beliau yang juga Exco Wanita UMNO Malaysia juga memaklumkan berbesar hati dengan sifat cakna kerajaan termasuk Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ke Sabah baru-baru ini.

“Sesungguhnya penglibatan dan pertemuan Presiden dengan kepimpinan UMNO Sabah memberikan landskap politik yang amat bermakna kepada parti di sini.

“Ini kerana terbukti bahawa UMNO memiliki kepimpinan yang cakna selain sokongan anggota akar umbi yang sentiasa mahu menyumbang khidmat bakti dan berjuang di bagi mengembalikan parti ini sebagai teraju utama kepimpinan negara.

“Sekarang adalah masa terbaik untuk kita bersatu padu berganding bahu, kita bersiap siaga, khususnya bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah walaupun tarikhnya tidak kita ketahui namun yang pasti ia semakin hampir, maka tidak salah kita sentiasa bersedia mulai sekarang,” katanya lagi.

Dilaporkan, Ahad lalu, Ahmad Zahid telah berkunjung ke Sabah dan melapangkan masa untuk bertemu dengan Jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah .

“Terima kasih Presiden UMNO, kami di UMNO Sabah sentiasa tenang di posisi dan siap sedia untuk menghadapi apa-apa cabaran bersama-sama,” katanya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.