Bantu Rakyat Perlu Khidmat Guaman… Azalina Serah Sumbangan Kepada Yayasan Tan Sri Ahmad Ibrahim

KUALA LUMPUR, 17 Jan – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said telah menyerahkan sumbangan kepada Yayasan Tan Sri Ahmad Ibrahim agar lebih ramai rakyat dibantu sekiranya mereka memerlukan khidmat guaman.

Jelasnya, kerajaan di bawah Jabatan Bantuan Guaman sedia membantu masyarakat yang perlu berdepan dengan keadilan tetapi tidak berkemampuan untuk mendapatkan khidmat guaman.

“Seringkali kita dengar masyarakat kurang berkemampuan menghadapi isu undang-undang, berdepan dengan ketidakadilan. Tetapi tidak ada keupayaan dan kemampuan mendapatkan khidmat guaman.

“Kerajaan di bawah Jabatan Bantuan Guaman sentiasa sedia membantu dalam aspek ini. Kita juga telah menubuhkan Yayasan Tan Sri Profesor Ahmad Ibrahim yang menyediakan klinik bantuan guaman untuk mereka yang tidak berkemampuan.

“Semalam, saya di Universiti Malaya menyerahkan sumbangan kepada Yayasan Tan Sri Profesor Ahmad Ibrahim bagi tujuan ini. Turut bersama kami adalah Pengerusi Yayasan Tan Sri Profesor Ahmad Ibrahim, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil,” katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya.

Untuk rekod, Yayasan ini ditubuhkan pada 17 Jun 2023 bersempena dengan nama Tan Sri Ahmad Ibrahim sebagai menghargai sumbangan tokoh perundangan yang bukan hanya disegani dan diiktiraf di Malaysia bahkan juga di peringkat antarabangsa. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.