PRN Sabah: PBRS Bertanding Lima Kerusi

KOTA KINABALU, 10 Sept – Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), parti komponen Barisan Nasional (BN), akan bertanding di lima kawasan pada pilihan raya negeri ini. Presidennya Tan Sri Joseph Kurup berkata, kawasan-kawasan itu ialah Matunggong, Tandek, Kadamaian, Tulid dan Sook. Calon-calonnya juga telah dikenal pasti iaitu Richard Kastum @ Mosinal (Matunggong), Yilson Yanggung (Tandek), Duanis Mogirong (Kadamaian), bekas pemain bola […]

» Read more

Sultan Kedah Titah Agar Rakyat Tenang, Tidak Panik

ALOR SETAR, 10 Sept – Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bertitah agar rakyat bersikap tenang serta tidak panik dengan gelombang kedua wabak COVID-19 yang melanda negeri ini. Baginda bertitah rakyat perlu berhati-hati dan patuh kepada arahan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan dengan sentiasa berada di rumah dan tidak keluar tanpa sebarang tujuan. “Rakyat tidak boleh ambil […]

» Read more

PKPD Pentadbiran Dikuat Kuasa Di Daerah Kota Setar, Mula Esok – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 10 Sept – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran akan dikuatkuasakan di 28 mukim di Kota Setar, Kedah bermula 12.01 tengah malam ini sehingga 25 Sept. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia akan membabitkan seramai 366,787 penduduk secara keseluruhan. Beliau berkata perkara itu diputuskan pada mesyuarat khas hari ini selepas mengambil kira peningkatan […]

» Read more

Agong Berkenan Kurniakan Rumah Wilayah Prihatin Kepada 54 Penerima

KUALA LUMPUR, 10 Sept – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli mengurniakan Rumah Wilayah Prihatin kepada 54 penerima terpilih. Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua ke Majlis Pengurniaan Rumah Wilayah Prihatin, kira-kira pukul 11 pagi di Kompleks Komuniti Muhibbah di sini hari ini disambut Menteri […]

» Read more

Johor Akan Alami Pemulihan Berbentuk V Pasca Pandemik COVID-19

ISKANDAR PUTERI, 10 Sept – Johor berkemungkinan besar akan mengalami pemulihan ekonomi berbentuk V pasca pandemik COVID-19, kata Menteri Besar Datuk Ir Hasni Mohammad. Meskipun pertumbuhan ekonomi negeri itu dilihat mengalami kemerosotan, beliau yakin ekonomi Johor akan kekal berdaya tahan, didukung dengan kepelbagaian subsektor perkhidmatan, pembuatan, pembinaan dan pertanian serta pengurusan fiskal yang kuat dan hutang rendah. “Dari segi hutang, […]

» Read more

DBP Hargai Tindakan Annuar Perkasa Bahasa Kebangsaan

KUALA LUMPUR, 9 Sept – Dewan Bahasa dan Pustaka mengucapkan terima kasih kepada Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri TPr Annuar Musa kerana menyuarakan ketidakpatuhan pihak yang tidak menggunakan bahasa Melayu dengan betul dalam papan iklan. Ketua Pengarah DBP Datuk Abang Sallehuddin Abang Shokeran berkata, DBP turut berterima kasih terhadap penyataan Annuar mengenai perlunya papan iklan menggunakan bahasa Melayu yang betul. […]

» Read more

RM1.67 Bilion Diskaun Elektrik Telah Diberi Setakat 31 Ogos 2020

KUALA LUMPUR, 9 Sept – Tenaga Nasional Bhd telah memberi diskaun ke atas bil elektrik berjumlah RM1.67 bilion kepada kira-kira 7 juta pengguna domestik sehingga 31 Ogos 2020, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. Daripada jumlah diskaun itu, sebanyak 83 peratus telah dimanfaatkan oleh pengguna domestik, katanya dalam laporan LAKSANA ke-20 Pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat […]

» Read more

PKPP: 118 Berhibur Di Kelab Malam Dicekup

KUALA LUMPUR, 9 Sept – Tindakan 118 individu yang leka berhibur di kelab malam dan pub membawa padah, apabila ditahan kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), semalam. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tangkapan itu merupakan jumlah tertinggi daripada 221 individu yang ditahan semalam, kerana ingkar PKPP. “Daripada keseluruhan jumlah tangkapan itu, 212 individu dikompaun, […]

» Read more

Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN Ke-53 Dan Mesyuarat Berkaitan Di Hanoi Bermula

KUALA LUMPUR, 9 Sept – Masyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-53 (AMM-53) dan Mesyuarat-Mesyuarat Berkaitan bermula hari ini secara persidangan video, dengan perbincangan mengenai COVID-19 antara agenda utama serta persiapan Sidang Kemuncak ASEAN ke-37 dan Sidang Kemuncak Berkaitan pada November. Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengetuai delegasi Malaysia ke mesyuarat tersebut sehingga Sabtu ini, dari Putrajaya. Majlis Perasmian AMM-53, […]

» Read more
1 1,002 1,003 1,004 1,005 1,006 1,516