Pemilihan UMNO: Kemunculan Muka Baharu, Penyambung Generasi Perjuangan UMNO – Azalina

KUALA LUMPUR, 26 Feb – Kemunculan muka-muka baharu sepanjang musim Pemilihan UMNO kali ini merupakan satu petanda yang baik supaya perjuangan UMNO dapat diteruskan. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, ianya merupakan sebuah pendekatan kepada perubahan kepimpinan yang dibentuk untuk kelangsungan parti. “Itu satu petanda yang baik. Memang UMNO sentiasa mempunyai tempat untuk muka-muka […]

» Read more

Kluster Mahkamah PN: Biar Mahkamah Tentukan Segala Kebenaran – Mohd Sharkar

KUALA LUMPUR, 25 Feb – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin berpandangan bahawa perlu diserahkan kepada mahkamah berkenaan kes rasuah melibatkan beberapa pemimpin Perikatan Nasional (PN). Tegasnya, sudah semestinya segala siasatan akan dijalankan dengan telus memandangkan negara mempunyai badan-badan tertentu dan mengamalkan kedaulatan undang-undang. “Biar mahkamah tentukan sama ada mereka betul atau tidak melalui siasatan. […]

» Read more

Harus Ada Keberanian, Keyakinan Untuk ‘Lead’ Pemuda UMNO – Armand Azha

  KUALA LUMPUR, 25 Feb – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO (MKT) Datuk Armand Azha Abu Hanifah telah menyerahkan borang pencalonan dalam Pemilihan UMNO Sesi 2023/2026 sebagai calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Beliau ditemui UMNO Online berharap perwakilan dapat memberikan pilihan yang tepat pada pemilihan kali ini. “Kita mahukan calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang berani dan menawarkan diri atas […]

» Read more

Pemilihan UMNO: Surat Terbuka Kepada Ahli – Isham Jalil

ASSALAMUALAIKUM, Tuan-tuan dan Puan-puan, 1. Pertama sekali, izinkan saya untuk menulis sedikit panjang buat kali ini. Saya fikir saya perlu menulis lebih daripada hanya beberapa perenggan yang tidak dapat saya gambarkan melalui lukisan untuk menyampaikan hasrat dan pemikiran saya berkenaan parti keramat ini memandangkan perjalanan kita bersama parti ini sudah sekian lama namun masih jauh lagi dan banyak perkara yang […]

» Read more

Pemilihan UMNO: Demokrasi Perkara Subjektif, Perlu Disesuaikan Mengikut Keadaan – Wan Rosdy

  KUALA LUMPUR, 25 Feb – Demokrasi merupakan perkara yang sangat subjektif dan perlu disesuaikan mengikut keadaan mahupun tempat kerana ianya tidak boleh terbuka begitu sahaja. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kadangkala konsep demokrasi ini perlu dikawal bagi menjaga perpaduan dan keharmonian. “Demokrasi ini sangat subjektif sebenarnya dan kadang-kadang kita perlu lihat sesuatu keadaan mahupun […]

» Read more

Wanita Jiwa Sebenar UMNO… Lambang Ketabahan Dan Keterujian – Noraini

KUALA LUMPUR, 24 Feb – Jiwa sebenar UMNO datangnya daripada Wanita dan parti akan luntur rohnya tanpa kehadiran mereka. Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, selain daripada setia kepada parti dan perjuangan, Wanita UMNO juga adalah lambing ketabahan dan keterujian. “Jiwa sebenar UMNO datangnya dari Wanita UMNO. Hakikatnya, tanpa Wanita UMNO, parti ini akan luntur rohnya. […]

» Read more

Kembali Teguh, Rakyat Letak Harapan Cukup Tinggi Pada UMNO – Hasni

KUALA LUMPUR, 24 Feb – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Hasni Mohammad yakin secara keseluruhan orang Melayu dan rakyat meletakkan harapan yang cukup tinggi pada UMNO agar bertambah baik bagi masa mendatang. Ini kerana katanya, rakyat berharap agar UMNO dapat diperkasakan untuk kembali teguh dan seterusnya menjadi pilihan utama. “Masyarakat mahukan UMNO ditambah baik sama ada dari […]

» Read more

Pemilihan UMNO Masa Terbaik Perkukuh Parti Untuk Masa Depan – Mohd Puad

KUALA LUMPUR, 24 Feb – Pemilihan UMNO 2023 merupakan masa terbaik untuk mengukuhkan parti meskipun ianya sekarang sudah berada dalam kerajaan. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, ini adalah peluang terbaik bukan sahaja kepada yang menawarkan diri bahkan kepada ahli-ahli untuk memilih barisan kepimpinan yang komited dalam usaha pemulihan parti. “Sebenarnya ini adalah masa […]

» Read more

Pemilihan UMNO: Noraini Harap Perwakilan Pilih, Nilai Secara Bijak

  KUALA LUMPUR, 24 Feb – Ketua Wanita UMNO Malaysia Datuk Seri Dr Noraini Ahmad menegaskan bahawa Wanita UMNO kekal bersetia dan bekerja tidak berbelah bahagi biarpun semasa menjadi pembangkang dan kemudiannya sebahagian daripada kerajaan.  Justeru beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Sulong mengharapkan pada semua perwakilan khususnya Wanita UMNO dapat memberikan peluang sekali lagi kepada dirinya bagi menerajui Ketua […]

» Read more

Pemilihan Bukti UMNO Parti Demokratik, Pilihan Yang Benar-benar Ikhlas Demi Perjuangan – Norsabrina

KUALA LUMPUR, 24 Feb – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Baharu, Datuk Norsabrina Mohd Noor menegaskan bahawa UMNO adalah parti demokratik sebagaimana pelaksanaan pemilihan yang sedang berlangsung sekarang ini. Katanya, jika UMNO tidak demokratik maka tentunya tidak ada pemilihan walhal sekarang ini sedang berlangsung pemilihan dari peringkat Cawangan yang kemudiannya peringkat Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO seterusnya disusuli peringkat […]

» Read more
1 5 6 7 8 9 10