Harus Ada Keberanian, Keyakinan Untuk ‘Lead’ Pemuda UMNO – Armand Azha

 

KUALA LUMPUR, 25 Feb – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO (MKT) Datuk Armand Azha Abu Hanifah telah menyerahkan borang pencalonan dalam Pemilihan UMNO Sesi 2023/2026 sebagai calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Beliau ditemui UMNO Online berharap perwakilan dapat memberikan pilihan yang tepat pada pemilihan kali ini.

“Kita mahukan calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang berani dan menawarkan diri atas kapasiti dirinya sendiri serta tidak mahu calon yang ditawarkan ataupun ditaja oleh mana-mana pihak kerana apabila mahu ‘lead’ harus ada keberanian diri, keyakinan diri dan harus punyai kapasiti untuk gerakkan pergerakan ini.

“Saya mempunyai pengalaman dalam Pemuda UMNO yang cukup luas, lebih 20 tahun dan juga dari kilang dan sebahagian ‘tokey’ kilang yang sama. Jadi pada rakan-rakan Pemuda UMNO di luar sana dengan perasaan rendah diri mohon sokongan dan dokongan untuk diberikan mandat pada 11 Mac nanti.

“Sekiranya diberikan mandat, insya-Allah… apa saja yang dijanjikan tidak akan dikhianati, tidak ketepikan malah dihargai dan yang pasti akan melaksanakan semua dasar-dasar yang dinyatakan,” katanya.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Subang menjelaskan sebagai ahli politik tentunya telah menempuh pelbagai dugaan yang diterimanya sama ada peribadi ataupun sebaliknya.

“Sebagai seorang pemimpin politik ini sebagai ‘asam garam’ apabila diserang bermakna adanya ‘value’… ‘something is favourite to me’.

“Saya serahkan pada perwakilan dan harap dapat berjumpa dengan keseluruhan perwakilan Pemuda UMNO di seluruh negara untuk memastikan mengundi, mentabalkan dan memberikan kebenaran memenangi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia,” ujarnya.

Persidangan Tahunan UMNO Cawangan dan Pemilihan Jawatankuasa Cawangan, Wanita, Pergerakan Pemuda, Puteri Cawangan telah bermula pada 1 Februari serta akan berakhir pada 26 Februari 2023.

Pada 11 Mac 2023 akan diadakan Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa Wanita, Pergerakan Pemuda serta Puteri Bahagian. Pada tarikh yang sama turut akan diadakan Pemilihan Exco Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri peringkat Pusat.

Pemilihan UMNO akan berakhir pada 18 Mac 2023 dengan berlangsungnya Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa UMNO Bahagian bersama Pemilihan Ahli MKT UMNO. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.