RCI Tak Kaitkan Pemimpin BN Dengan ‘Sakau’ TH, Manndzri Tempelak Tuduhan PH
KUALA LUMPUR, 11 Ogos – Ahli Parlimen Tenggara, Manndzri Nasib menegaskan bahawa tidak akan sesekali membiarkan institusi suci Tabung Haji dirobek oleh kepincangan tadbir urus, mahupun dijadikan ‘bola politik’ yang ditendang sesuka hati oleh sesiapapun hingga meruntuhkan kepercayaan jutaan pendeposit semata-mata demi mengejar haji yang mabrur.
Ujarnya, pemimpin Pakatan Harapan (PH) seringkali mendakwa pemimpin Barisan Nasional (BN) “menyakau” Lembaga Tabung Haji (TH) yang kononnya berbilion ringgit wang serta dijadikan modal politik dalam pilihan raya.

“Jika benar berbilion ringgit telah dirompak atau pun disakau, mengapa sehingga ke hari ini tiada seorang pun individu yang dihadapkan ke mahkamah atau didakwa atas tuduhan menipu wang pendeposit Tabung Haji.
“Dalam laporan RCI tidak ada langsung menamakan atau mengaitkan mana-mana pemimpin politik UMNO/BN secara langsung dengan kecurian atau kehilangan dana.
“Di dalam laporan setebal 211 muka surat tidak wujudnya kecurian wang atau “sakau” oleh mana-mana pemimpin politik BN? ( kat mana bukti hitam putih yang mengatakan menteri atau ahli politik UMNO telah memasukkan duit pendeposit ke dalam poket mereka sendiri? Jangan sekadar jadikan ia momokan atau fitnah politik semata-mata,” katanya.
Beliau berkata demikian ketik Perbahasan Usul Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung TH di Dewan Rakyat, hari ini.
Mengulas lanjut Manndzri menjelaskan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) sendiri perlu dilihat secara objektif kerana isu yang dibangkitkan berkait dengan kelemahan tadbir urus, kaedah perakaunan serta strategi pelaburan yang berada dalam ruang pengurusan profesional.
“Jadi, adakah adil untuk pihak lawan menukar kegagalan teknikal eksekutif menjadi peluru fitnah politik dengan menuduh parti BN yang “menyakau”.
“Formula apa yang digunapakai boleh memberi dividen / hibah yang tinggi (6.5 peratus), tapi sekarang tidak kena sakau pulak, jadi rendah pulak hibahnya 3.5 peratua an macam pelik pulak bunyinya?
“Kos Kerja haji muassasah pulak terbalik, dahulu kos sekitar RM RM9,578 dan sekarang naik pulak sampai RM33,300 . Itu yang pelik, dulu kita boleh bagi subsidi secara rata sekarang bagi bersasar pulak,” katanya lagi.
Tambah Manndzri, ada pihak yang gemar menuduh BN perlu menjawab satu persoalan mudah, jika BN benar-benar mahu menyembunyikan salah laku, mengapa BN sendiri menyokong penubuhan dan pembentangan laporan RCI serta mendesak supaya tindakan undang-undang diambil sekiranya terdapat pelanggaran prosedur.
“Kalau BN takut kebenaran terbongkar, BN tidak perlu menyokong RCI. Kalau BN mahu melindungi pesalah, BN tidak perlu mendesak tindakan undang-undang.
“Jadi jangan songsangkan cerita. BN tidak takut kepada kebenaran. Yang kita tentang ialah usaha memutar fakta dan menjadikan Tabung Haji sebagai modal politik,” tegasnya.

Dalam masa sama, Manndzri berkata, tuduhan bahawa BN cuba melindungi salah laku juga tidak berasas kerana BN sendiri merupakan antara pihak yang lantang menyokong supaya RCI berkaitan Tabung Haji dijalankan dan hasilnya dibentangkan secara terbuka.
“Kalau BN benar-benar takut kepada kebenaran, kalau benar BN berniat jahat atau cuba menyembunyikan salah laku, mengapa BN menjadi antara pihak yang paling lantang menyokong supaya RCI dijalankan dan dibentangkan?
“Lebih daripada itu, mengapa BN turut mendesak supaya tindakan undang-undang diambil tanpa kompromi sekiranya benar terdapat salah laku atau pelanggaran prosedur oleh pihak pengurusan,” ujarnya.
Ujarnya lagi, itu bukti jelas BN tidak melindungi pesalah. BN tidak takut kepada kebenaran dan BN bersedia melihat mana-mana pihak yang melakukan kesalahan diheret ke muka pengadilan. – UMNO Online
