OSA : Dap Tiba-tiba Jadi ‘Tikus Yang Sedang Menikmati Keju’ – Dr Shamsul

KUALA LUMPUR, 30 Ogos – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah membidas sikap parti Dap yang tiba-tiba membisu dengan keputusan kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk menyemak semula dan mengekalkan Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA). Sedangkan menurutnya, suara merekalah yang paling lantang menentang akta itu selama ini dan malah suara mereka semakin lantang menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14) […]

» Read more

Perkasakan Bukan Hapus BR1M, PH Tak Peduli Kos Sara Hidup Rakyat – Khaled

KUALA LUMPUR, 30 Ogos – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin kesal dengan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang mahu menghapuskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dengan alasan untuk mengelakkan rakyat manja dan terbiasa dengan bantuan. Justeru menurutnya, yang menjadi persoalan bukankah sebelum ini antara perkara yang paling lantang diperjuangkan oleh PH adalah kos sara hidup? “Jadi, adakah dengan penghapusan […]

» Read more

MCA Lancar Deklarasi Balakong Untuk Reformasi Hala Tuju Parti

KAJANG, 28 Ogos – MCA menyifatkan ‘Deklarasi Balakong’ yang dilancarkannya hari ini sebagai reformasi hala tuju parti selepas mengalami kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas. Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata deklarasi berkenaan dimulakan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong, 8 Sept ini bagi menarik kembali keyakinan rakyat kepada parti tersebut. “Kita […]

» Read more

Jenazah Bekas Pengerusi UMNO Pulau Pinang Selamat Dikebumikan

NIBONG TEBAL, 27 Ogos – Jenazah bekas pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Seri Zainal Abidin Osman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Sungai Acheh, di sini pada 5.30 petang. Jenazah tiba di tanah perkuburan berkenaan pada 4 petang diiringi kira-kira 1,000 orang terdiri daripada anggota keluarga, sahabat handai dan rakan seperjuangan Allahyarham daripada Barisan Nasional sebelum […]

» Read more

Najib Kesal Kerajaan PH Berhasrat Mahu Hapus BR1M

KUALA LUMPUR, 25 Ogos – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan rasa kesal dengan pengumuman Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad bahawa kerajaan berhasrat untuk mengurangkan jumlah BR1M, malah ada perancangan untuk menghapuskan skim bantuan tersebut. Malah, beliau turut kesal apabila Tun Mahathir masih mendakwa bahawa BR1M dibayar dengan menggunakan wang yang dicuri dari 1MDB yang digunakan bertujuan […]

» Read more

UMNO Pasir Salak Bidas Cubaan Gagalkan Program Himpunan Melayu Bangkit

KUALA LUMPUR, 23 Ogos – Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin menyelar tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab yang cuba mensabotaj program Himpunan Melayu Bangkit yang bakal diadakan pada 1 September ini. Jelas beliau, poster yang tersebar di media sosial dan wassap kononnya program tersebut adalah untuk menyingkirkan Mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dari UMNO adalah satu […]

» Read more

Khairy Harap MB Perak Tidak Tunduk Dengan Desakan Dap

KUALA LUMPUR, 18 Ogos – Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin berharap agar Kerajaan Negeri Perak tidak Tunduk kepada desakan Dap negeri itu untuk mendapatkan status hak milik 999 tahun atau hak milik kekal kepada Kampung-kampung Baru seperti yang dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu. Jelas Khairy,  ini kerana parkara itu telah termaktub dalam Perlembagaan […]

» Read more

Perjumpaan Tertutup MP PH Sempena 100 Hari Dedah CEP Diteruskan, Pegawai Tinggi Akan Dipecat

KUALA LUMPUR, 18 Ogos – Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Mohd Puad Zarkashi mengajak rakyat Malaysia untuk bangkit daripada terus tertipu dengan kerajaan Pakatan Harapan (PH). Beliau memaklumkan dalam satu perjumpaan tertutup ahli Parlimen PH (didedahkan akhbar Strait Times Singapura) Tun Dr Mahathir berkata, beliau perlukan lima tahun dan bukannya 100 hari untuk menunaikan janji. “Dia juga mengaku janji […]

» Read more

Kami Akan Usahakan Terbaik Untuk Pembangkang, Bawa Suara Rakyat – Wee Ka Siong

HULU LANGAT, 18 Ogos – Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong penuh yakin dan percaya semangat yang ditunjukkan oleh jentera parti pada hari penamaan calon hari ini bakal memberikan saingan sengit sekaligus akan memastikan usaha yang terbaik untuk barisan pembangkang. “Walau apa pun logo parti komponen kita masih lagi bersemangat. Kita sebagai kawan karib kita tidak lupakan kawan […]

» Read more

100 Hari Kerajaan PH… Apa Kejayaan Yang Dibanggakan?

KUALA LUMPUR, 17 Ogos – Hari ini genap 100 hari manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) Pakatan Harapan (PH), yang sebahagian besarnya tidak tertunai dan seperti yang diduga, isu ekonomi negara masih dimainkan sebagai helah kerajaan untuk menangkis kritikan rakyat, kata Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah. Justeru katanya, tidak seperti kebanyakan kerajaan di negara lain yang biasa […]

» Read more
1 403 404 405 406 407 412