Khairy Harap MB Perak Tidak Tunduk Dengan Desakan Dap

KUALA LUMPUR, 18 Ogos – Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin berharap agar Kerajaan Negeri Perak tidak Tunduk kepada desakan Dap negeri itu untuk mendapatkan status hak milik 999 tahun atau hak milik kekal kepada Kampung-kampung Baru seperti yang dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu.

Jelas Khairy,  ini kerana parkara itu telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutan dan Kanun Majlis Tanah Negara (MTN).

“Saya berharap Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu tidak akan tunduk dan UMNO akan menyokong Menteri Besar untuk menolak desakan Dap ini,” ujar beliau dalam twitter peribadinya.

Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming sebelum ini mengeluarkan kenyataan tetap mahukan kerajaan negeri memberikan status hak milik 999 tahun atau hak milik kekal kepada Kampung-kampung Baru kerana itu adalah janji manifesto PH.

Sementara itu Menteri Besar Perak ketika dalam ucapan penggulungan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini berkata kerajaan negeri tidak boleh memberikan status hak milik 999 tahun atau hak milik kekal kepada Kampung-kampung Baru kerana ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Ahmad Faizal berkata semakan dengan pihak MTN iaitu Dasar Spesifik Mengenai Pemegangan Tanah Bagi Kawasan Kampung-Kampung Baru telah memutuskan bahawa tempoh pajakan atau ‘leasehold’ bagi kampung-kampung baru telah dinaikkan daripada 30 tahun kepada 60 tahun.

Menteri Besar itu menjelaskan lagi mesyuarat MTN Ke-53 pada 25 April 1997 menetapkan bahawa tempoh pajakan atau leasehold bagi kampung-kampung baru tersebut hendaklah sekurang-kurangnya 60 tahun tetapi tidak melebihi 99 tahun. – MediaUMNO