SPR Seru Pengundi Balakong, Seri Setia Keluar Mengundi Sabtu Ini

SHAH ALAM, 6 Sept – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyeru 62,188 pengundi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong dan 50,722 pengundi DUN Seri Setia supaya menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi pada pilihan raya kecil (PRK) kedua-dua kawasan DUN itu Sabtu ini. Timbalan pengerusinya, Tan Sri Othman Mahmood berkata pengundi dinasihatkan supaya merancang masa dan tidak memilih untuk keluar mengundi pada […]

» Read more

UMNO Dan Pas Akan Hadir Muktamar Dan Perhimpunan Agong

SHAH ALAM 6 Sept. – Tautan kerjasama antara UMNO dan Pas semakin erat apabila kedua-dua parti terbesar orang Melayu itu mengesahkan akan hadir dalam perhimpunan agung serta muktamar parti masing-masing yang berlangsung bulan ini. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, UMNO akan menjemput pemimpin Pas hadir dalam perhimpunan agung pada 29 dan 30 September ini, manakala Pas […]

» Read more

Kenyataan Mengenai Hukuman Mahkamah Syariah : Anwar Perlu Beri Penjelasan

KUALA LUMPUR, 6 Sept – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu memberikan penjelasan berhubung kenyataannya mengenai hukuman yang dijatuhkan okeh Mahkamah Syariah Terengganu terhadap kes lesbian. Menurut beliau Anwar perlu menjelaskan, proses sepatutnya apa yang tidak diikuti dan daripada sudut mana Anwar merasakan intepretasi Islam dibuat secara sempit. “Datuk Seri Anwar Ibrahim dipetik […]

» Read more

Selepas UMNO, Pas Kini Bersama MCA?

BALAKONG, 5 Sept – Penampilan pertama kali PAS membantu kempen MCA bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong semalam, membuka lembaran baharu politik negara. Kedua-dua parti itu, yang sebelum ini sering dilaporkan tidak sehaluan dan saling mengkritik satu sama lain, kini dilihat mula menjalin bibit kerjasama. Mengulas penampilan Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin pada kempen malam semalam, […]

» Read more

Selepas Lebih 100 Hari, Enam Isu Jejas Pakatan Harapan

Pakatan Harapan (PH) sudah memerintah lebih daripada 100 hari, tetapi janji-janji yang dibuat semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-14 tempoh hari banyak yang gagal dilaksana. Selain memungkiri janji, PH juga melakukan banyak tindakan kontroversi yang menunjukkan kelemahan, sikap tidak peduli dan dwistandard dalam menghukum. PH masih boleh terselamat daripada banyak akibat kesilapan dan tindakan sengaja yang menyalahi moral dan etika […]

» Read more

Peguam Negara Perlu Jelaskan Bagaimana Kes Rasuah Guan Eng Boleh Digugurkan?

PENGERANG, 3 Sept – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, Peguam Negara Tommy Thomas perlu menjelaskan bagaimana kes rasuah membabitkan Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng boleh digugurkan kerana rakyat memerlukan penjelasan apatah lagi SPRM sendiri terkejut dengan keputusan tersebut. Jelas beliau yang juga merupakan Ketua Unit Undang-Undang UMNO, Peguam Negara tidak seharusnya bersembunyi […]

» Read more

SST: Kerajaan PH Terus Khianati Rakyat – Pemuda Pahang

RAUB, 2 Sept – Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pahang melihat pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang kembali dipraktikkan bermula semalam telah menimbulkan rasa kecewa dan tidak puas hati di kalangan rakyat di seluruh negara di mana majoriti beranggapan kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengkhianati rakyat. Tegas Ketua Penerangannya Fadzli Mohamad Kamal, ini kerana sebelum ini rakyat dimomokkan dengan jaminan PH […]

» Read more

Perhimpunan Melayu Bangkit Bakal Menjelajah Ke Seluruh Negara – Tajuddin

PASIR SALAK, 2 Sept– Perhimpunan Melayu Bangkit yang dianjurkan oleh UMNO Bahagian  Pasir Salak semalam berkemungkinan akan turut diadakan di negeri-negeri lain berdasarkan sambutan memberansangkan yang diperlihatkan  oleh rakyat, khususnya orang Melayu di Kampung Gajah, Pasir Salak semalam. Menurut Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Rahman, ini adalah berdasarkan permintaan pemimpin-pemimpin UMNO sendiri seperti Tan Sri Annuar Musa, […]

» Read more

Himpunan Melayu Bangkit, Kita Tidak Berpeluk Tubuh!

Pasir Salak, 2 Sept – Hampir sepuluh ribu rakyat berhimpun di pekan Kampung Gajah di sini malam tadi dalam Himpunan Melayu Bangkit, bagi menyatakan ekspresi kecintaan kepada agama, bangsa dan negara ini. Kehadiran rakyat yang cintakan nusa bangsa itu menunjukkan sokongan kepada perjuangan parti tetap utuh walaupun dilanda badai selepas 9 Mei lalu, dengan bergema laungan Takbir, Hidup Melayu dan […]

» Read more

PRK DUN Seri Setia: Pas Zahir Penghargaan Kepada UMNO, MIC Dan NGO

SHAH ALAM, 2 Sept – Pas menzahirkan penghargaan kepada parti UMNO, MIC serta badan bukan kerajaan (NGO) yang turut serta berkempen untuk calon Pas, Dr Halimah Ali di dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia, ujar Timbalan Presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Jelasnya, keseluruhan jentera kempen yang mewakili blok pembangkang dari setiap negeri termasuk Sabah […]

» Read more
1 402 403 404 405 406 412