Perjumpaan Tertutup MP PH Sempena 100 Hari Dedah CEP Diteruskan, Pegawai Tinggi Akan Dipecat

KUALA LUMPUR, 18 Ogos – Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Mohd Puad Zarkashi mengajak rakyat Malaysia untuk bangkit daripada terus tertipu dengan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Beliau memaklumkan dalam satu perjumpaan tertutup ahli Parlimen PH (didedahkan akhbar Strait Times Singapura) Tun Dr Mahathir berkata, beliau perlukan lima tahun dan bukannya 100 hari untuk menunaikan janji.

“Dia juga mengaku janji pilihan raya PH melampaui batas. Menurut Tun lagi, PH tidak sangka menang PRU ke 14. Dengan kata lain PH terkejut beruk kerana menang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Maklumnya, sebagai langkah susulan, peranan “Council of Eminent Person” (NEP) akan diteruskan (walaupun berjanji akan ditamatkan bila cukup 100 hari PH memerintah), manakala pemecatan akan diteruskan.

“Siapa mereka yang akan dipecat? Sudah tentulah beberapa orang Pegawai Tinggi Kerajaan.

“Nampaknya CEP di bawah Daim akan lebih autoritatif dan digeruni. Bekas Ketua Hakim negara pun kena datang mengadap CEP. Kabinet Kerajaan akan menjadi second class. Sebab itu Menteri Menteri PH menjadi semakin “idiots”.

“Hanya mampu berfikir soal kasut hitam, tandas untuk LGBT, tanam sayur belakang rumah dan naikkan cukai soda. Sepatutnya CEP yang ditutup kerana ekonomi gagal, hasil negara kurang, harga sawit naik, harga barang tidak turun, ringgit semakin lemah dan janji tidak tertunai.”

Malangnya, katanya, Pegawai Tinggi Kerajaan pula dimangsakan atau jadi kambing hitam.

“Mungkin Pegawai Tinggi berkenaan engkar arahan CEP.

“CEP akan menjadikan kroni kapitalisme dan nepotisme berleluasa seperti kes penjualan SYABAS. Ia akan menjadi buffer zone antara Tun M dan Kabinetnya.

“Jika ada keputusan Kabinet yang dia tidak suka CEP akan digunakan untuk “over rule”. ”

Tegasnya lagi, rakyat Malaysia sekalian, bangkitlah hingga CEP dibubarkan, jika tidak, penipuan akan berterusan. – MediaUMNO

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.