80 Tahun Perjuangan: Ahmad Zahid Yakin UMNO Mampu Melayari Bahtera Perjuangan

KUALA LUMPUR, 2 Mei — Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin UMNO mampu terus mengharungi cabaran mendatang dan kembali mencapai kegemilangan, berkat dokongan serta kejituan semangat seluruh ahli parti. Beliau berkata perjalanan panjang UMNO sejak penubuhannya memperlihatkan ketahanan luar biasa dalam mendepani kitaran krisis yang berulang setiap dekad, termasuk kehilangan majoriti pada 2008 dan kekalahan besar dalam […]

» Read more

Pidato AZH Platform Lahirkan Generasi Berani, Presiden UMNO Rai Pemenang

KUALA LUMPUR, 2 Mei – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang Pertandingan Pidato Piala Ahmad Zahid Hamidi (AZH) yang dianjurkan oleh Pergerakan Puteri UMNO Malaysia bersempena sambutan Ulang Tahun UMNO ke-80. Program berprestij itu menjadi platform penting dalam mencungkil bakat kepimpinan serta keupayaan berpidato dalam kalangan generasi muda, khususnya ahli UMNO […]

» Read more

Apabila Garis Merah Dilanggar, Apakah UMNO Harus Berdiam Diri?

KUALA LUMPUR, 2 Mei – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan Datuk Seri Jalaluddin Alias menimbulkan persoalan apakah mampu UMNO berdiam diri apabila garis merah dilanggar. Ujar Ahli Parlimen Jelebu itu, garis merah yang dirujuk adalah sepuluh perkara asas yang wujud dalam perjanjian kerjasama Barisan Nasional (BN)/UMNO dan Pakatan Harapan (PH) ketika pembentukan kerajaan. “Mengambil contoh kerjasama di antara BN […]

» Read more

Kongres Pendidikan Bumiputera Langkah Besar Bentuk Agenda Masa Depan Bangsa – Dr Zambry

KUALA LUMPUR, 1 Mei – Pengerusi Kongres Pendidikan Bumiputera, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyifatkan penganjuran kongres tersebut sebagai satu detik bersejarah dalam usaha memperkukuh agenda pendidikan anak bangsa secara lebih tersusun dan menyeluruh. Beliau berkata, buat julung kalinya sebuah kongres khusus yang membincangkan pendidikan Bumiputera diadakan secara berstruktur, melibatkan pelbagai pihak termasuk pembuat dasar, ahli akademik, mahasiswa serta […]

» Read more

Pemuda UMNO Perkasa Pendekatan Santai Tarik Minat Anak Muda

KUALA LUMPUR, 1 Mei – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia terus mengorak langkah mendekati generasi muda menerusi pendekatan santai apabila menganjurkan program sukan pickleball yang menghimpunkan barisan kepimpinan serta ahli-ahli muda parti. Program tersebut menyaksikan penyertaan Exco Pemuda UMNO Malaysia, Ketua Pemuda UMNO Bahagian-bahagian, pimpinan cawangan serta ahli-ahli baharu dalam suasana santai, terbuka dan penuh semangat kebersamaan. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO […]

» Read more

Peranan Wanita UMNO Diperkasa Seiring Arus Digital

KUALA LUMPUR, 1 Mei — Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said, melihat  peranan wanita UMNO amat penting selaras dengan perubahan landskap politik semasa yang semakin dipengaruhi oleh teknologi digital. Menurut beliau, seperti yang dinyatakan oleh Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dalam ucapan awalnya, peranan wanita dalam parti kini tidak lagi terhad kepada fungsi tradisional seperti […]

» Read more

UMNO Ke-80: Dari Dominasi Ke Transformasi, Keterbukaan Suara Anak Muda Penentu Masa Depan

KUALA LUMPUR, 30 April – Memasuki usia 80 tahun, UMNO berdepan cabaran baharu dalam usaha mengekalkan relevansi maka gabungan keterbukaan kepimpinan dan penglibatan aktif generasi muda kini menjadi antara faktor penentu hala tuju parti tersebut. Peserta Pidato Piala Ahmad Zahid Hamidi (AZH), Asek Abdullah berpandangan bahawa UMNO perlu bersikap realistik dan bersedia melakukan perubahan demi masa depan parti. “Melihat kepada […]

» Read more

Tangani Kos Sara Hidup Rakyat, Elak Jurang Sosial Kian Ketara – Syed Hussein

KUALA LUMPUR, 29 April – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota, Syed Hussein Syed Abdullah menegaskan peningkatan jumlah individu ultra-kaya di Malaysia tidak boleh dilihat sebagai indikator kejayaan ekonomi semata-mata tanpa menilai realiti sebenar yang dihadapi rakyat marhaen. Ujarnya, kini rakyat sedang berdepan realiti yang jauh lebih keras antaranya harga barang naik, sewa rumah naik, ansuran kereta naik, bil utiliti […]

» Read more

Isu Negeri Lain Jadi Modal Politik, Pemuda UMNO Hulu Selangor Bidas Tindakan Alih Perhatian

HULU SELANGOR, 29 April — Pemuda UMNO Bahagian Hulu Selangor menyelar kenyataan seorang pemimpin PKR Selangor yang didakwa mendesak wakil UMNO disingkirkan daripada pentadbiran negeri, sambil menyifatkan tindakan itu sebagai cubaan mengalih perhatian daripada isu sebenar di Selangor. Ketua Pemuda UMNO Bahagian Hulu Selangor, Omar Al-Khattab Kasim, berkata pihaknya memandang sinis tindakan tersebut yang disifatkan sebagai tidak berasas dan bermotifkan […]

» Read more

UMNO 80 Tahun: Terus Relevan, Tekad Perkukuh Perjuangan – Zulfadli Musri

KUALA LUMPUR, 29 April – Lebih 60 tahun, UMNO telah menjadi peneraju kerajaan yang menjaga ekonomi, menaikkan taraf hidup rakyat serta mengekalkan kestabilan politik sehingga membolehkan negara terus membangun dengan infrastruktur yang lebih moden, peluang pekerjaan yang lebih luas dan sistem pendidikan yang semakin diperkasakan. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kimanis, Mohd Zulfadli Musri berkata, sepanjang tempoh tersebut pelbagai dasar […]

» Read more
1 37 38 39 40 41 412