Krisis Tenaga Global: Pemuda UMNO Johor Gesa Kerajaan Negeri Perkenal Pakej Rangsangan Ekonomi

KUALA LUMPUR, 26 April – Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor menggesa Kerajaan Negeri Johor untuk memperkenalkan pakej rangsangan ekonomi untuk menangani impak krisis tenaga global. Ketuanya, Noor Azleen Ambros berkata, pakej tersebut hendaklah memberi keutamaan kepada kumpulan sasar dan golongan rentan yang paling terkesan akibat kenaikan harga bahan api. “Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor yang telah mengadakan mesyuarat penuh pada […]

» Read more

UMNO 80 Tahun: Dekati Generasi Digital, Penggerak Suara Anak Muda – Nurul Amirah

MELAKA, 25 April – Pergerakan Puteri UMNO Negeri Melaka menzahirkan iltizam untuk tampil sebagai agen perubahan dengan mendekati golongan muda serta menjadi medium penting dalam menyampaikan suara mereka, khususnya wanita dan ibu muda di negeri ini. Ketuanya, Nurul Amirah Mohd Yusof berkata peranan tersebut penting bagi memastikan denyut nadi generasi muda terus didengar dan diangkat dalam arus perjuangan parti. Menurutnya, […]

» Read more

Sambutan Keahlian UMNO Menggalakkan, Cerminan Keyakinan Rakyat – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 24 April – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan menyifatkan pendaftaran menggalakkan untuk menyertai UMNO sebagai perkembangan positif yang mencerminkan keyakinan rakyat. Beliau berkata minat yang ditunjukkan khususnya generasi muda, tidak datang secara kebetulan sebaliknya didorong oleh rekod panjang perjuangan dan sumbangan UMNO sejak sebelum merdeka hingga ke hari ini. Ahmad yang juga Timbalan […]

» Read more

‘Rumah Bangsa’ Pemangkin Politik Penyatuan Demi Masa Depan UMNO – Mahadhir

KUALA LUMPUR, 24 April — Ketua UMNO Bahagian Segambut, Datuk Mahadhir Sulaiman menyifatkan gagasan ‘Rumah Bangsa’ yang diperkenalkan oleh Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai satu tawaran baharu yang signifikan dalam landskap politik dan sosial negara. Menurut beliau, konsep yang diketengahkan oleh UMNO itu bukan sekadar idea retorik, sebaliknya satu kerangka penyatuan yang lebih tersusun untuk merangkul seluruh […]

» Read more

Diplomasi Dan Rundingan Teras Kejayaan Malaysia Sejak Merdeka – Syed Hamid Albar

KUALA LUMPUR, 24 April — Malaysia dilihat sebagai sebuah negara yang bijak dalam memainkan peranan di pentas antarabangsa hasil pendekatan diplomasi dan perundingan yang konsisten diamalkan sejak sebelum merdeka. Mantan Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata pendekatan itu menekankan kepentingan dialog terbuka, termasuk kesediaan untuk berunding dengan mana-mana pihak, walaupun berbeza pandangan, demi mencapai penyelesaian terbaik di meja […]

» Read more

‘Rakyat Utamakan Kos Sara Hidup, Bukan Ladang Penternakan Babi’

KUALA LUMPUR, 24 April – Ketua Wanita UMNO Bahagian Hulu Selangor, Senator Datuk Rosni Sohar mempersoal dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan berhubung cadangan pembukaan semula ladang penternakan babi yang didakwa sebagai mewakili suara rakyat. Beliau yang juga Ahli Dewan Negara berkata sepanjang turun padang hampir setiap hari bertemu rakyat di pelbagai kawasan, perkara tersebut tidak pernah dibangkitkan. […]

» Read more

UMNO 80 Tahun: Bukan Nostalgia, Tekad Arkitek Masa Depan Negara – TPr Abdul Razak

KUALA LUMPUR, 24 April – Ketua UMNO Bahagian Kepong, TPr Abdul Razak Abdul Rahman menegaskan bahawa tempoh lapan dekad penubuhan UMNO bukan sekadar angka yang tercatat dalam kalendar, sebaliknya menjadi lambang pengorbanan dan ketahanan perjuangan parti itu dalam membina negara. Jelasnya, perjalanan 80 tahun UMNO sarat dengan liku, cabaran dan pengorbanan yang tidak ternilai. “Lapan dekad adalah parut perjuangan dan […]

» Read more

Selangor Perlukan Kepimpinan Matang, Bukan Politik Provokasi – Mohd Zaidi

KUALA LUMPUR, 23 April – UMNO Selangor menyuarakan kebimbangan terhadap kenyataan seorang ADUN Seri Kembangan daripada Dap yang mencadangkan supaya penternakan babi dibenarkan semula di negeri itu, dengan menyifatkan cadangan tersebut sebagai tidak sensitif terhadap keadaan semasa rakyat. Ketua Penerangan UMNO Negeri Selangor, Datuk Dr Mohd Zaidi Md Zain berkata, ketika rakyat sedang berdepan pelbagai tekanan hidup, keutamaan seharusnya diberikan […]

» Read more

Lapan Dekad Pengalaman UMNO, Fokus Generasi Muda Untuk Kekal Relevan – Ahmad Rahimi

KUALA LUMPUR, 23 April – UMNO perlu membina naratif harapan baharu yang tidak lagi bergantung kepada romantisme masa lalu, sebaliknya berasaskan keyakinan terhadap keupayaan parti dalam mencorakkan masa depan yang lebih stabil, inklusif dan progresif untuk generasi akan datang, tegas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan, Datuk Ahmad Rahimi Abdul Samad. Menurut beliau, realiti politik semasa menuntut UMNO keluar sepenuhnya daripada […]

» Read more

UMNO 80 Tahun: Pengalaman Harus Jadi Kekuatan Masa Kini – Yusri Che Noh

KUALA LUMPUR, 23 April – UMNO perlu berhenti bersandar pada nostalgia kejayaan silam, sebaliknya menjadikan pengalaman jatuh bangun sepanjang 80 tahun sebagai asas untuk membina kekuatan baharu dalam menghadapi cabaran semasa. Ketua UMNO Bahagian Bachok, Datuk Yusri Che Noh berkata, parti itu harus berani melakukan penambahbaikan serta menyusun strategi politik yang lebih tangkas dan kompeten agar kekal relevan dalam landskap […]

» Read more
1 39 40 41 42 43 413