Sokongan Akar Umbi Positif, Puteri Terus Giatkan Usaha Dekati Pengundi – Zahida

REMBAU, 6 April – Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau yang masuk hari ke lapan hari ini boleh dianggap satu momentum yang baik bagi calon Barisan Nasional(BN), Datuk Seri Mohamad Hasan atau lebih dikenali dengan panggilan Tok Mat. Perkara ini dikongsi oleh Ketua Puuteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan yang turun bersama jenteranya serta jentera tempatan […]

» Read more

20 Tahun Reformasi, PKR Masih Di Bawah Telunjuk Dr Mahathir

REMBAU, 5 April – “PKR sedarkah tidak? PKR sekarang duduk di bawah siapa ketika menyambut 20 tahun? Dulu ditubuh PKR nak menentang dasar Mahathir, tubuh PKR nak jatuhkan Mahathir. Selepas 20 tahun dia duduk di bawah telunjuk Dr Mahathir, kesian,” sinis Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa. Semalam, diadakan sambutan ulangtahun yang ke-20 penubuhan Parti Keadilan Nasional, nama awalnya […]

» Read more

Kekalkan Kemenangan Tok Mat, Janganlah Perjudikan DUN Rantau Untuk Orang Luar

RANTAU, 3 April – Para pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau yang bakal mengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 13 April ini diminta untuk terus mengekalkan kemenangan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan atau lebih sinonim dengan panggilan Tok Mat. Usahawan belia di Rantau, Mohd Zahuri Ruhaiza berkata, janganlah perjudikan DUN Rantau kepada orang luar yang […]

» Read more

Cadang Pindah Kilang Di Pasir Gudang Tidak Praktikal, Mundur

JOHOR BAHRU 3 April – Keputusan Menteri Besar, Datuk Osman Sapian untuk memindahkan kilang yang beroperasi di Pasir Gudang jelas menunjukkan betapa tersasar dan kelirunya pemikiran kerajaan negeri di bawah pimpinan beliau. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Pasir Gudang semenjak dari awal lagi dibangunkan sebagai kawasan perindustrian terutama dengan kedudukannya yang strategik menjadi pemangkin pertumbuhan pesat […]

» Read more

Lantikan Politik Dalam GLC: Ketelusan Malaysia Baru Versi PH… Berbohong, Mungkir Janji

SEREMBAN, 3 April – Memungkiri janji sendiri semakin hari semakin sebati dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH). Bukan sahaja menipu rakyat kerana gagal memenuhi janji-janji manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang berkaitan dengan kepentingan dan kebajikan rakyat, malahan PH menipu diri sendiri apabila melanggar aku janji dalam hal ehwal pentadbiran mereka sendiri antaranya seperti pelantikan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang […]

» Read more

Kerajaan PH Perlu Tarik Semula Pelabur, Jangan Bercanggah Pendapat

KUALA LUMPUR, 2 April – Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengharapkan kerajaan hari ini dapat memulih dan menstabilkan ekonomi Negara ke arah lebih baik. Katanya, kebanyakan pelabur-pelabur asing tidak yakin lagi terhadap prestasi ekonomi negara yang semakin merundum selepas Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kerajaan. “Percanggahan antara menteri-menteri dan tiada kordinasi di antara mereka menyebabkan rakyat semakin […]

» Read more

Pengerusi MADA, Kerajaan PH Disindir Mungkir Janji Lagi

ALOR SETAR 1 April – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) disindir terus memungkiri janji untuk tidak melibatkan lantikan politik dalam syarikat milik kerajaan (GLC) dan agensi kerajaan apabila melantik Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) berkuat kuasa 1 Mac lepas. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kedah, Mohd. Fadzil Zolkifli berkata, pelantikan itu juga sekali […]

» Read more

Tommy Thomas Perlu Adil, Bukan Hanya UEC… Graduan USIM Juga Perlu Diiktiraf

KUALA LUMPUR, 1 April – Pemuda UMNO mendesak agar Peguam Negara, Tommy Thomas berlaku adil dan mempertimbangkan dengan serius untuk program Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) diberikan pengiktirafan penuh dan memastikan syarat tambahan bagi graduan dari sistem Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) iaitu sekurang-kurangnya lima Kepujian di peringat Sijil Pelajara Malaysia (SPM), O-Levels atau setara yang diperoleh […]

» Read more

Tekad PAS, Komitmen Tinggi Pastikan Kemenangan Tok Mat

REMBAU, 1 April – Komitmen PAS berada di tahap tertinggi dalam membantu calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan bagi memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, ujar Penolong Setiausaha Agung PAS Pusat, Khairul Faizi Ahmad Kamil. Kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor itu, selain membantu BN berkempen mendekati pengundi-pengundi mereka, kemuncaknya adalah penglibatan Presiden, Datuk […]

» Read more

Pengiktirafan UEC Undang Polemik

KUALA LUMPUR 1 April – Pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) menjadi sebahagian syarat bagi menduduki Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (CLP) boleh mengundang polemik pendidikan yang berpanjangan. Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr. Noraini Ahmad malah menegaskan sekiranya kerajaan Pakatan Harapan (PH) tunduk kepada tindakan Peguam Negara, Tommy Thomas yang membenarkan Lembaga Kelayakan Profesional Undang-undang Malaysia (LPQB) mengiktiraf UEC itu akan terus […]

» Read more
1 375 376 377 378 379 412