Kerajaan PH Perlu Tarik Semula Pelabur, Jangan Bercanggah Pendapat

KUALA LUMPUR, 2 April – Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengharapkan kerajaan hari ini dapat memulih dan menstabilkan ekonomi Negara ke arah lebih baik.

Katanya, kebanyakan pelabur-pelabur asing tidak yakin lagi terhadap prestasi ekonomi negara yang semakin merundum selepas Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kerajaan.

“Percanggahan antara menteri-menteri dan tiada kordinasi di antara mereka menyebabkan rakyat semakin keliru, konsistensi dalam negara tidak jelas dan ini mesti dibetulkan kerana hal tersebut telah mengakibatkan pelabur asing tidak yakin terhadap Negara,” katanya kepada wartawan di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Dalam masa yang sama, beliau melahirkan rasa hairan kenapa isu kereta terbang di sorotkan sedangkan sedangkan tiada perubahan yang banyak di lakukan sepanjang pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2019 (LIMA’19).

“Sepanjang pameran LIMA ini tiada apa-apa yang boleh membantu dalam bidang industri, peruntukan pun semakin berkurangan jadi apa yang hendak dibeli?

Bekas Menteri Pertahanan itu berkata, sepanjang penglibatannya dalam LIMA, terdapat banyat syarikat-syarikat yang mengeluarkan produk mereka dan ini membuktikan kerajaan hari ini gagal mengumumkan sesuatu yang memberi kebaikan pada masa depan.

“Tiada perancangan masa depan dan teknologi baharu yang dapat diketengahkan sepanjang pameran LIMA,” tegasnya lagi. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.