Himpitan Neo-Liberal… Jayakan Piagam Muafakat Nasional Untuk Manfaat Generasi Akan Datang

KUALA LUMPUR, 19 Sept – Fahaman neo-liberal, sungguhpun telah terbukti merbahaya untuk ekonomi negara-negara seperti Amerika Syarikat, masih berusaha hendak bertapak dan berakar di negara kita, ujar Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad. Katanya, jurang kemewahan di antara kumpulan atasan dengan yang menengah dan rendah semakin melebar kerana fahaman neo-liberal itu. Sehubungan itu, Shahrir berpandangan kewajipan […]

» Read more

Muafakat Nasional, Tun Faham Atau Tidak Itu Tidak Penting… Lebih Elok Jaga PH Yang Tak Ketahuan Haluan

KUALA LUMPUR, 19 Sept. – “Mudah saja untuk memahaminya, cuma Tun saja buat-buat tidak faham untuk menyedapkan hati Tun yang gundah gulana ekoran wujudnya Muafakat Nasional.” Demikian ulas Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berhubung kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan beliau tidak faham bagaimana UMNO boleh bekerjasama dengan PAS, sedangkan parti itu sebelum ini […]

» Read more

Penggabungan UMT-UniSZA: Di Mana Integriti Maszlee Malik, Impaknya Tak Semudah Tukar Kasut Hitam

KUALA LUMPUR, 18 Sept: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyeru kepada pihak kerajaan untuk benar-benar meneliti Langkah penggabungan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dengan serius dan profesional kerana, impak dan keperluan menggabung universiti tidak semudah menukar warna kasut sekolah dari putih kepada hitam. Beliau yang juga mantan Menteri Pengajian Tinggi agar langkah […]

» Read more

Lim Kit Siang, Dap Tak Layak Bercakap Soal Perpaduan Sering Mainkan Isu Perkauman – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 18 Sept – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Penasihat Dap, Lim Kit Siang tidak layak untuk bercakap tentang perpaduan kerana parti Dap itu sendiri mengamalkan perkauman walaupun selama ini menekankan aspek kepelbagaian dalam piagam mereka. Malah bidasnya, Kit Siang dianggap rasis oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad suatu ketika dahulu sewaktu di dalam UMNO dengan […]

» Read more

Kerajaan PH Raja Lelong Aset Negara – Azlan Man

KUALA LUMPUR, 18 Sept – Mutakhir ini kerajaan Pakatan Harapan (PH) memperkenalkan satu lagi budaya baru mereka untuk tatapan rakyat Malaysia iaitu melelong aset negara, tempelak Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man. Bidasnya, sejak menguasai kerajaan pusat, PH-Dap hanya pandai melelong aset-aset utama negara. “Ia bermula dengan penjualan IHH kepada Mitsui dari Jepun. Kalau nak disenaraikan memang banyak aset […]

» Read more

Aset Negara Dijual Lagi: Bukti PH Kegagalan Terbesar Negara… ‘Menang Sorak Kampung Tergadai’

KUALA LUMPUR, 18 Sept – Exco Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamad Aris melihat Pakatan Harapan (PH) dan seluruh pimpinannya adalah kegagalan terbesar yang pernah dihadapi rakyat dan negara kerana memilih PH pada Pilihan Raya Umum (PRU) lepas dan hari ini tidak ubah seperti ‘menang sorak kampung tergadai’. Menurut beliau seluruh rakyat Malaysia amat risau dengan tindakan kerajaan […]

» Read more

Muafakat Nasional Perjuangan Untuk Generasi Masa Hadapan – Shahrir

KUALA LUMPUR, 17 Sept – Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata generasi muda adalah penyambung perjuangan yang akan mewarisi sesebuah negara. Justeru, katanya yang mustahak dalam perjuangan ini ialah untuk kepentingan generasi yang akan datang, rakyat, negara dan memperkukuhkan lagi jati diri serta  mempertahankan Perlembagaan negara. “Kita lihat bagaimana UMNO dan PAS bersatu dengan parti-parti lain […]

» Read more

Muafakat Nasional: Jawapan kepada Mujahid Yusof Rawa

Saya tidak menyangka bahawa Himpunan Penyatuan Ummah (HPU) oleh UMNO dan PAS mengundang prejudis yang bukan saja menebal. Tetapi sangat menghairankan. Bukan saja oleh DAP, itu tidak pelik dan kita sudah sedia maklum. Tetapi oleh sesetengah pemimpin Melayu dalam Kerajaan. Pemimpin Islam. Malah pemimpin yang tugas rasminya menjaga perihal Islam. Menurut YB Dr. Mujahid Yusof Rawa (PAN), HPU ibarat ‘wedding […]

» Read more

Negara Rasis, Penyatuan Ummah, Malaysian Malaysia, Dan Tiga Jalan Perpaduan Nasional

KELMARIN pemimpin-pemimpin PH seperti Khalid Samad, Mujahid, Lim Kit Siang, Rafizi dan lain-lain mengutuk atau mempersendakan penyatuan ummah UMNO dan PAS. Saya faham mengapa mereka kutuk. Mereka kutuk sebab mereka takut. Mereka takut kalah pilihan raya dan hilang kerusi atau kuasa. Ramai menteri dan timbalan menteri PH seperti Mujahid, Khalid Samad, Mahfuz, Saifuddin Nasution, Saifuddin Abdullah, Fuziah Salleh dan lain-lain […]

» Read more

UMNO Garis Enam Hasrat Utama Permuafakatan – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 14 Sept – Akidah, keimanan dan keikhlasan merupakan salah satu daripada enam hasrat utama UMNO di dalam permuafakatan bersama PAS, ujar Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Katanya, ia sebagai paksi bagi memperkukuhkan kebersamaan antara kedua-dua parti dan bukan semata-mata agenda politik. “Akidah Islam mengikat seseorang muslim dengan segala aturan hukum Islam. Sewajarnya penyatuan ummah ini […]

» Read more
1 349 350 351 352 353 413