Saya Tidak Akan Izinkan Walau Seminit Serah Melaka Kepada Dap, Tegas Ab Rauf

KUALA LUMPUR, 27 Oktober – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata beliau sesekali tidak akan menyerahkan kerajaan negeri Melaka kepada Dap dan Pakatan Harapan (PH). Dedah Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka itu, perkara demikian ditegaskan kepada parti tersebut dalam satu pertemuan di kediaman Pengerusi Dap Melaka ketika berbicara ilmiah politik rentetan kemelut politik […]

» Read more

Ikuti Secara Maya Pelancaran Jentera BN Untuk PRN Melaka Malam Ini

KUALA LUMPUR, 27 Okt – Malam ini akan berlangsungnya majlis Pelancaran Jentera Barisan Nasional (BN) yang akan dirasmikan Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Diadakan di Dewan Tun Hussein Onn dan Dewan Tun Dr Ismail di Pusat Dagangan Dunia, di sini, majlis tersebut juga akan disiarkan secara langsung di platform media sosial […]

» Read more

Al-Quran Sumber Semua Cabang Ilmu Pengetahuan – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 27 Okt – Al-Quran merupakan sumber intelektual dan spiritual Islam yang merupakan asas bukan hanya bagi agama dan kerohanian semata-mata, tetapi juga semua cabang ilmu pengetahuan termasuk teknologi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata al-Quran menganjur dan mendorong umat Islam agar menuntut ilmu, mempelajari, menganalisis serta menggunakan akal yang dikurniakan Allah untuk dimanfaatkan. Ismail Sabri […]

» Read more

Najib Saman Tommy Thomas Berhubung Dakwaan Salah Guna Kuasa Mendakwanya Dalam Skandal 1MDB

KUALA LUMPUR, 27 Okt – Datuk Seri Najib Tun Razak memfailkan saman terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas berhubung dakwaan menyalahgunakan kuasa untuk mendakwanya dalam beberapa kes termasuk membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan menuntut ganti rugi lebih RM1.9 juta. Bekas perdana menteri itu memfailkan saman tersebut menerusi Tetuan Raj, Ong & Yudistra di Mahkamah Tinggi di sini […]

» Read more

Bayaran BKP RM500 Mulai Esok – PM Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 25 Okt – Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) sebanyak RM500 akan dibayar secara sekali beri (one-off) mulai esok bagi membantu rakyat yang terkesan akibat COVID-19, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata bantuan itu akan memberi manfaat kepada hampir 870,000 individu yang hilang pendapatan pada tahun ini. “Kesemua bantuan ini melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM434 juta […]

» Read more

Berita Palsu Terus Dikawal Selepas Pengungkaian Ordinan Darurat – Annuar

KUALA LUMPUR, 25 Okt – Penularan berita palsu selepas pengungkaian Ordinan-ordinan Darurat akan terus dikawal menggunakan peruntukan undang-undang sedia ada termasuk Kanun Keseksaan, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata pengungkaian Ordinan-ordinan Darurat juga tidak menghalang kes-kes yang sedang dalam siasatan serta prosiding mahkamah berjalan mengikut […]

» Read more

Rakyat Perlu Diyakinkan Setiap Mereka Ada Tempat Dalam Keluarga Malaysia – Sultan Nazrin

KUALA LUMPUR, 25 Okt – Rakyat perlu diberi keyakinan bahawa setiap mereka mempunyai tempat dalam keluarga besar Keluarga Malaysia, titah Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Shah. Justeru baginda bertitah semangat Keluarga Malaysa itu perlu disemarakkan menerusi amalan budaya terbuka, sedia menerima perbezaan pendapat dan kelainan pandangan, selain menghargai perbezaan pendekatan dan perbezaan kaedah. “Suara yang berbeza sewajarnya diberi ruang […]

» Read more

Strategi Pemodenan Dan Pertanian Pintar, Pemacu Perubahan Utama Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 – PM

KUALA LUMPUR, 25 Okt – Strategi pemodenan dan pertanian pintar merupakan pemacu perubahan utama dalam menjayakan transformasi sektor agromakanan negara di bawah Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0), kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata ia bakal dipacu melalui dana pembiayaan, insentif pelaburan dan tenaga kerja bagi meningkatkan tahap penerimagunaan teknologi Revolusi Perindustrian Keempat. “Dalam hal berkaitan, […]

» Read more

Pulau Batu Puteh: Kerajaan PH Cuai Pertahankan Kedaulatan Wilayah Malaysia – Khaled

Menjawab Tun Mahathir 1. Tun Mahathir tidak menjawab persoalan sebenar tentang Pulau Batu Puteh. 2.Persoalan sebenar ialah apakah sebab sebenarnya Kerajaan PH tidak meneruskan semakan terhadap penghakiman Pulau Batu Puteh. 3. Benar keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) tidak boleh di rayu. Tetapi dengan timbulnya bukti terbaru, satu permohonan untuk semakan telah dikemukakan oleh Malaysia pada Februari 2017. 4. Pada 30 […]

» Read more

SPR Bentang SOP PRN Melaka Esok

KUALA LUMPUR, 21 Okt – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan membentangkan prosedur operasi standard (SOP) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, esok. Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata kementerian berkenaan akan turut memberikan pandangan berhubung perkara terbabit pada mesyuarat sama. Beliau berkata setiap SOP yang dicadangkan […]

» Read more
1 244 245 246 247 248 414