Malaysia Sedia Kembali Sebagai Hab Pelaburan Serantau, Antarabangsa – PM Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 14 Okt – Malaysia kini bersedia untuk kembali ke landasan sebagai hab pelaburan bagi pelabur serantau dan antarabangsa, disokong kaedah yang kreatif dan inovatif dalam menggalakkan pelaburan yang dilaksanakan kerajaan. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata matlamat tersebut boleh dicapai melalui kerjasama yang berterusan dengan semua anggota Keluarga Malaysia dan gelembung selamat bagi semua perniagaan dengan […]

» Read more

OSHMP25 Pacu Pembentukan Budaya Kerja Selamat Dan Sihat

PUTRAJAYA, 13 Okt – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini melancarkan Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2021-2025 (OSHMP25) yang menggariskan pelbagai teras strategik bagi memacu pembentukan “Budaya Kerja Selamat dan Sihat” dan meningkatkan Indeks Kesejahteraan Rakyat Malaysia. Beliau berkata pelan induk jangka sederhana selama lima tahun itu akan meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja […]

» Read more

Perkembangan COVID-19 Buktikan Rombak Pentadbiran Kerajaan Langkah Tepat – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 13 Okt – Kadar jangkitan COVID-19 mengalami penurunan drastik daripada 10,915 kes pada 2 Oktober kepada 6,709 kes pada 11 Oktober 2021. Sehubungan itu Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menganggap bahawa perkembangan tersebut secara tidak langsung membuktikan usaha merombak pentadbiran kerajaan terdahulu adalah tepat. “Syukur ke hadrat Allah S.W.T dengan inayah dan kehendak-Nya kes jangkitan […]

» Read more

Langkah Kerajaan Tubuh Pasukan Khas Berhubung Kes Pulau Batu Putih Wajar – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 12 Okt – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa langkah kerajaan baharu menubuhkan pasukan petugas khas untuk mengkaji opsyen yang sesuai berhubung kes Pulau Batu Putih adalah wajar. Ujarnya yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), kemungkinan tindakan undang-undang ke atas pihak yang cuai kerana tidak meneruskan permohonan semakan dan pentafsiran kes ke Mahkamah Keadilan […]

» Read more

Arahan Kerja Pembinaan Menara Telekomunikasi Di Bawah Jendela 1 Dikeluarkan Bulan Ini – Annuar

KUALA LUMPUR, 11 Okt – Arahan kerja akan dikeluarkan kepada syarikat-syarikat yang dilantik untuk memulakan kerja-kerja fizikal pembinaan menara telekomunikasi di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) 1, bulan ini. Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa mengakui pelaksanaan JENDELA 1 telah agak tertangguh walaupun tender-tender telah dikeluarkan seawal Mac lepas. “Matlamat kita untuk pastikan menjelang akhir tahun ini […]

» Read more

Johor Sedia Kerjasama, Bantu Kerajaan Persekutuan Kumpul Dokumen, Pandangan Libatkan Pulau Batu Puteh

JOHOR BAHRU, 10 Okt – Johor akan bekerjasama dan membantu kerajaan Persekutuan dalam usaha mendapatkan pelbagai dokumen dan pandangan yang diperlukan melibatkan kes Pedra Branca/Pulau Batu Puteh. Semasa mengalu-alukan dan menyambut baik keputusan kerajaan Persekutuan menubuhkan pasukan petugas khas yang akan meneliti kes itu, Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad berkata isu tuntutan Pulau Batu Putih antara Malaysia dan Singapura sememangnya […]

» Read more

Langkah Kerajaan Beri Tumpuan Tiga Isu Berlarutan Amat Dialu-Alukan

KUALA LUMPUR, 10 Okt – Keputusan Kerajaan mengambil tindakan sewajarnya berhubung tiga isu panas yang hangat diperkatakan hingga ke hari ini amat dialu-alukan. Ketua UMNO Shah Alam, Datuk Azhari Datuk Shaari berkata keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan kabinet untuk menubuhkan jawatankuasa khas untuk menyiasat kes kematian Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim amat dialu-alukan. Begitu juga katanya […]

» Read more

Kebenaran Rentas Negeri Akan Dikuatkuasakan Serentak Di Seluruh Negara – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 8 Okt – Kebenaran rentas negeri akan dikuatkuasakan serentak di seluruh negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Ismail Sabri berkata kebenaran itu akan dikuatkuasakan apabila kadar vaksinasi populasi dewasa telah mencapai 90 peratus dan dijangka diumumkan beliau dalam beberapa hari lagi. “Serentak seluruh negara. Kalau seluruh negara dah capai 90 peratus (kadar vaksinasi), kita jangka […]

» Read more

HSN Bantu KKM Capai Agenda Nasional Malaysia Sihat – Khairy

PUTRAJAYA, 8 Okt – Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini menjayakan aktiviti bersukan sempena sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2021 dengan mengamalkan gaya hidup sihat. Menterinya Khairy Jamaluddin yang menerajui aktiviti bersukan itu berkata misi HSN adalah membudayakan sukan dalam kalangan rakyat sebagai satu gaya hidup, yang secara langsung membantu agenda yang diperjuangkan KKM iaitu Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS). Beliau […]

» Read more

Bekas Pemimpin PPBM Akui UMNO Parti Berprinsip, Kekal Bawa Perjuangan Orang Melayu

KUALA LUMPUR, 8 Okt – Bekas Naib Ketua Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Bahagian Putrajaya, Shamsul Mahde Mahmud berpandangan UMNO satu-satunya parti yang kekal berprinsip memperjuangkan nasib orang Melayu. Katanya, situasi ini berbeza dengan PPBM apabila wadah perjuangannya semakin mengelirukan sejak membuka keahlian kepada warga bukan Bumiputera. “Saya tengok PPBM tidak lagi menjurus kepada orang Melayu malah dicampur dengan keahlian […]

» Read more
1 246 247 248 249 250 414