Ikuti Secara Maya Pelancaran Jentera BN Untuk PRN Melaka Malam Ini

KUALA LUMPUR, 27 Okt – Malam ini akan berlangsungnya majlis Pelancaran Jentera Barisan Nasional (BN) yang akan dirasmikan Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Diadakan di Dewan Tun Hussein Onn dan Dewan Tun Dr Ismail di Pusat Dagangan Dunia, di sini, majlis tersebut juga akan disiarkan secara langsung di platform media sosial UMNO Online dan BN Comms.

Sementara itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan majlis tersebut akan dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) seperti disarankan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Pelancaran Jentera BN di WTC KL pada Rabu 27 Okt jam lapan malam. Untuk PRN Melaka tidak dibuat di Melaka kerana SOP.

“Pakai pelitup muka, jaga penjarakan, sanitize tangan, semak suhu badan, guna MySejahtera, sudah vaksinasi dua dos dan tidak bergejala,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Pelancaran itu juga akan turut dihadiri oleh Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO termasuk kepimpinan BN. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.