RM360,000 Kepada TS Consultancy Untuk Cetak Al-Quran Bukan Bantu UMNO Daftar Pengundi

KUALA LUMPUR, 30 Jun – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menafikan di Mahkamah Tinggi di sini bahawa dua cek berjumlah RM360,000 dikeluarkan Yayasan Akalbudi (YAB) kepada syarikat TS Consultancy & Resources bertujuan untuk membantu parti UMNO mendaftarkan pengundi pada 2015. Ahmad Zahid, 69, yang memegang jawatan sebagai Naib Presiden UMNO pada 2015, juga tidak mengetahui bahawa penubuhan […]

» Read more

Pertuduhan Terhadap Saya Bermotif Politik – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 29 Jun – Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram ke atasnya bermotifkan politik. Ahmad Zahid berkata ia adalah hakikat sebenar yang berlaku kepadanya dan pemimpin politik lain yang diheret ke mahkamah. Beliau berkata demikian semasa disoal balas Timbalan […]

» Read more

Tak Biarkan Keadaan Tidak Menentu, Langkah PM Bukti Kepimpinan UMNO Usaha Terbaik Legakan Rakyat

KUALA LUMPUR, 29 Jun – Ketua UMNO Bangi, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain yakin Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden UMNO sama sekali tidak akan membiarkan Keluarga Malaysia berada dalam situasi yang sulit apatah lagi dalam keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu. Justeru beliau melihat tindakan Perdana Menteri sendiri yang turun padang selain keputusan sebelum […]

» Read more

Pelantikan Isham Jalil, Nilai Tambah Kepada Pucuk Pimpinan UMNO Selangor – Noh

KUALA LUMPUR, 27 Jun – Pelantikan Isham Jalil sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO dilihat sebagai nilai tambah kepada pucuk pimpinan UMNO Selangor, kata Pengerusi Perhubungannya Tan Sri Noh Omar. Katanya, pelantikan Isham dilihat mampu memperkasakan UMNO Selangor khususnya, apabila semakin ramai pemimpin muda yang berkaliber kini berada di dalam pucuk pimpinan itu. “Kita UMNO Selangor sangat mengalu-alukan golongan muda […]

» Read more

Tuntutan Sebidang Tanah Dengan Kedaulatan Sesebuah Negara Amat Signifikan – Mohd Hairi

KUALA LUMPUR, 25Jun –  Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor beranggapan Tun Mahathir tidak memahami makna dan signifikan tuntutan sebidang tanah dengan kedaulatan sesebuah negara. Ketuanya, Mohd Hairi Mad Shah berpandangan  dalam satu kenyataan, walaupun beliau beranggapan Pulau Batu Putih atau Pedra Branca hanyalah sebesar meja, tetapi Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor berpendirian tanah sebesar meja itulah lambang kedaulatan dan amatlah […]

» Read more

Terima Kasih PM, Wanita UMNO Sambut Baik Keputusan Tarif Elektrik Kekal, Harga Ayam Tidak Diapung

KUALA LUMPUR, 24 Jun – Wanita UMNO menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menarik balik pengapungan harga ayam dan keputusan untuk tidak menaikkan kadar tarif elektrik. Ketuanya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, ia satu keputusan bijak yang pro rakyat ketika mana masyarakat hari ini berdepan dengan kos sara hidup yang semakin menekan. “Terima kasih […]

» Read more

Batal Rayuan Tuntutan Batu Putih Bukti Kegagalan PH Pertahan Kedaulatan Negara

ISKANDAR PUTERI, 23 Jun – Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain berkata tindakan kerajaan Persekutuan di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) pada tahun 2018 yang tidak meneruskan usaha dan prosiding rayuan Pulau Batu Putih membuktikan mereka gagal mempertahankan kedaulatan negara. Katanya, sehingga kini persoalan mengapa Kerajaan Persekutuan yang diterajui PH ketika itu bertindak demikian sedangkan […]

» Read more

BKM Dapat Ringankan Beban Rakyat, Zaman PH Rakyat Diminta Berkorban – Dr Najmil

KUALA LUMPUR, 23 Jun – Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris melahirkan kesyukuran kerana kerajaaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menyediakan bantuan tunai itu kepada golongan berpendapatan rendah (B40) sebanyak RM100 untuk seisi rumah dan RM50 untuk golongan bujang. Ini kerana menurut Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu itu, bantuan […]

» Read more

Budayakan Pandangan Intelektual, Bukan Dominasi ‘Pemikir’ Netizen – Khaled

KUALA LUMPUR, 22 Jun – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berpandangan Malaysia memerlukan pembudayaan intelektual dan pandangan alternatif terhadap pelbagai dasar nasional, bukan ulasan tidak substantif, cetek apatah lagi bersifat populis. Katanya ini kerana senario pada masa kini memperlihatkan kecaman dan kritikan dilakukan bersandar kepada pendapat semata-mata, tanpa data, dapatan empirikal dan pemikiran yang kritis. “Negara kita […]

» Read more

Menolak Gejala Songsang, Ahmad Zahid Ucap Tahniah LPF Tegas Isu LGBT

KUALA LUMPUR, 21 Jun – Presiden UMNO, Datuk Ser Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan tahniah kepada Lembaga Penapisan Filem (LPF) Malaysia kerana bertindak tegas dengan mengarahkan dibuat pengubahan (potongan) bagi adegan dan disenyapkan (mute) dialog yang didapati mengandungi elemen mempromosi gaya hidup golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT). Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata demikian berikutan kebelakangan […]

» Read more
1 216 217 218 219 220 415