BKM Dapat Ringankan Beban Rakyat, Zaman PH Rakyat Diminta Berkorban – Dr Najmil

KUALA LUMPUR, 23 Jun – Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris melahirkan kesyukuran kerana kerajaaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menyediakan bantuan tunai itu kepada golongan berpendapatan rendah (B40) sebanyak RM100 untuk seisi rumah dan RM50 untuk golongan bujang.

Ini kerana menurut Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu itu, bantuan inisiatif ini dapat meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat kerana kos sara hidup yang semakin naik sejak kebelakang ini.

“Alhamdullilah terima kasih Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana kerajaan bersetuju memberi bantuan tunai tambahan RM100 kepada isi rumah dan RM50 kepada golongan bujang melalui Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).

“Namun seperti biasa ada yang mengecam usaha kerajaan ini dengan memperlekehkan nilai bantuan ini,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Tegasnya, bagi yang tidak menerima bantuan BKM ini jangan mencerca golongan tersebut kerana mereka merasa kesyukuran dengan bantuan tersebut.

“Anda tidak berada di tempat orang susah. Ramai lagi yang bersyukur dengan bantuan ini,” jelasnya.

Dalam pada itu beliau mengingatkan kepada rakyat bahawa pada pemerintahan Pakatan Harapan (PH), mereka pernah mengatakan tidak akan memharapkan bantuan terutamanya wang percuma kepada rakyat.

“Jangan lupa zaman PH memerintah, bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng pernah cakap ‘rakyat perlu ‘berkorban’, tiada ada istilah wang percuma,” ujarnya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.