Tak Biarkan Keadaan Tidak Menentu, Langkah PM Bukti Kepimpinan UMNO Usaha Terbaik Legakan Rakyat

KUALA LUMPUR, 29 Jun – Ketua UMNO Bangi, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain yakin Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden UMNO sama sekali tidak akan membiarkan Keluarga Malaysia berada dalam situasi yang sulit apatah lagi dalam keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu.

Justeru beliau melihat tindakan Perdana Menteri sendiri yang turun padang selain keputusan sebelum ini yang memutuskan harga ayam tidak diapungkan selain pengekalan kadar tarif elektrik amat melegakan rakyat.

“Keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri untuk mengekalkan tarif eletrik serta memutuskan harga ayam di pasaran tidak akan diapungkan selepas penamatan subsidi pada 30 Jun ini telah membuktikan keprihatinan Kerajaan demi menjaga kepentingan Keluarga Malaysia agar tidak terbeban dengan peningkatan harga dan cabaran kos sara hidup yang semakin meningkat pada masa ini.

“Malah tindakan PM yang turun padang melihat sendiri situasi yang berlaku telah menunjukkan keperihatinan yang sangat tinggi kerana sebahagian besar daripada masalah yang timbul ini adalah berpunca daripada peniaga-peniaga yang tamak dan cuba menangguk di air yang keruh dengan menaikkan harga ayam walaupun subsidi masih diberikan sehingga hujung bulan jun 2022,” katanya dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online.

Zaidi seterusnya percaya akan ada lagi beberapa pengumuman dan tindakan yang amat bersesuaian dengan keadaan semasa daripada pihak kerajaan dalam usaha untuk mengelakkan rakyat terus terbeban.

“Saya amat yakin Perdana Menteri sama sekali tidak akan membiarkan Keluarga Malaysia berada dalam situasi yang sulit tanpa sebarang bantuan dan pembelaan dari pihak kerajaan meskipun terpaksa menampung subsidi sebanyak RM5.8 bilion akibat peningkatan mendadak kos bahan api dan kos penjanaan lain.

“Saya juga percaya akan ada lagi pengumuman dan tindakan yang relevan dari pihak kerajaan untuk memastikan kenaikan harga barang tidak membebankan rakyat seumpama pemberian  tambahan BKM kepada B40 dan org bujang yang diumumkan baru-baru ini,” tambahnya.- UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.