REE Kedah: Syarikat Baru Empat Bulan Tubuh Tandatangan MoU Timbulkan Tanda Tanya

KUALA LUMPUR, 21 Jan – Ketua Penerangan UMNO Negeri Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin menggesa agar Kerajaan Negeri tidak tamak dan mematuhi garis panduan kementerian di peringkat pusat seperti kerajaan lain yang turut mempunyai sumber REE di negeri mereka.

Menurut beliau Kedah bukan satu-satunya negeri yang kaya dengan sumber REE namun kenapa hanya negeri berkenaan yang paling tergesa-gesa mahu memulakan eksplorasi walaupun belum selesai dimuktamadkan SOP yang berkaitan.

“Hasil semakan latar belakang syarikat Jangka Bakat Minerals Sdn Bhd yang menandatangani MoU bersama Kerajaan Negeri Kedah telah mendedahkan fakta bahawa syarikat tersebut hanya ditubuhkan pada 1 September 2022 iaitu hanya sekitar empat bulan lalu.

“Fakta mengejutkan ini menimbulkan keresahan dan kegusaran ramai tentang bagaimana kaedah tataurus dan kelola Kerajaan Negeri Kedah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Mohd Nor berhubung isu yang hangat diperkatakan ini,” katanya menerusi catatan di Facebook.

Tambah beliau perlu juga diingat, rakyat Kedah sebelum ini telah dikejutkan dengan pendirian Sanusi untuk meneruskan MoU penerokaan rare earth element (REE) walaupun Kementerian berkaitan masih belum menggariskan penetapan prosedur operasi standard (SOP) rasmi bagi aktiviti perlombongan sumber mineral tersebut. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.