Doakan Yang Terbaik Buat Najib Razak – Isham

KUALA LUMPUR, 19 Jan – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Isham Jalil meluahkan harapan dan doa agar permohonan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membabitkan kes SRC International Sdn Bhd dipermudahkan.

Beliau malah turut memaklumkan menghadiri pendengaran itu Mahkamah Persekutuan hari ini.

“Di Mahkamah Persekutuan untuk beri sokongan moral kepada sahabat saya Bossku, Najib.

“Hari ini mahkamah mendengar hujahan semakan kehakiman ke atas perbicaraan kes Bossku. Kita doakan yang terbaik buat beliau,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Terdahulu Mahkamah Persekutuan hari ini mula mendengar permohonan Najib untuk menyemak semula keputusan terdahulu tertuduh yang mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda kerana penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Najib memohon untuk membatalkan keputusan yang dibuat oleh panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat pada 23 Ogos tahun lepas atau agar rayuannya didengar semula. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.