Pasca PAU 2022: Keputusan Tepat, Elak Perpecahan Demi Keutamaan Masa Hadapan – Ali Syariati

KUALA LUMPUR, 20 Jan – Majoriti perwakilan UMNO yang menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 pada Sabtu lalu menyokong usul jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan parti, tahun ini.

Presiden Persatuan Mahasiswa Machang Malaysia (PEMANCAR) Ali Syariati Abdul Wahab berkata keputusan tepat itu dibuat bagi mengelakkan perpecahan ahli yang lebih teruk di dalam parti ini.

“Perwakilan telah membuat keputusan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan. Sekiranya dipertandingkan sudah pasti akan ada perpecahan yang berlaku di dalam pemilihan akan datang.

“Buat masa sekarang sudah tentu Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dapat memikirkan dengan lapang dan usul yang dibawa oleh perwakilan itu telah diluluskan.

“Kita tidak mahu UMNO semakin lama makin tidak mendapat tempat di mata masyarakat dan dengan usul yang dibuat oleh perwakilan UMNO sudah pasti ia menjadi membuat hala tuju untuk kemaskini parti dan kestabilan masa depan,” katanya.

Jelasnya, pada PAU 2022 baru-baru ini Presiden UMNO banyak menekankan kepentingan untuk menarik pengundi orang muda.

“Kita lihat sokongan terhadap UMNO semakin hari semakin merosot terutamanya golongan anak muda.

“Kebanyakan anak muda terpengaruh dengan persepsi, isu dan fitnah yang telah ditujukan pada UMNO. Namun strategi wajah masa depan UMNO perlu dipulihkan.”  

Ujarnya, Presiden, Timbalan Presiden serta kepimpinan parti tertinggi telah memikirkan cara supaya golongan muda bakal kembali memilih UMNO bagi pilihan raya akan datang.

Terdahulu, PAU 2022 telah melabuhkan tirainya Sabtu lalu yang memberi makna amat besar kepada seluruh ahli parti untuk terus bergerak sebagai sebuah pertubuhan politik bagi menaungi orang Melayu dan seluruh rakyat di negara ini. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.