RISDA Peruntuk RM74.46 Juta Tingkatkan Pendapatan Pekebun Kecil

BATU PAHAT, 10 April – Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) menyediakan peruntukan berjumlah RM74.46 juta bagi usaha meningkatkan pendapatan pekebun kecil serta kebergantungan kepada hasil selain penanaman getah. Pengerusi, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM44.46 juta adalah untuk Program Aktiviti Ekonomi Tambahan dan Keusahawanan. Beliau berkata baki RM30 juta pula untuk Program Agromakanan, dan kedua-dua bantuan itu akan […]

» Read more

Serangan Masjid Al-Aqsa: Pemuda UMNO Gesa Kerajaan Hantar Bantahan Kepada OIC, PBB

KUALA LUMPUR, 6 April – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan rejim Israel di Palestin dan memohon agar pihak kerajaan segera menghantar bantahan kepada Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) serta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya negara-negara yang mempunyai hubungan dengan Israel mengkritik dan menghentikan apa jua jalinan dengan negara tersebut. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, […]

» Read more

PTPTN Umum 3.05 Peratus Dividen SSPN 2022

PUTRAJAYA, 5 April – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hari ini mengumumkan dividen Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) bagi 2022 sebanyak 3.05 peratus. Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada Majlis Pengumuman Dividen Simpan SSPN 2022 dan Pelancaran Kempen Ganjaran Kesetiaan Simpan SSPN Prime 2023 di sini hari ini berkata pemberian dividen itu melibatkan anggaran peruntukan […]

» Read more

Johor Perlu Pelan Induk Jangka Panjang, Komprehensif Tangani Bencana Iklim – MB

JOHOR BAHRU, 4 April – Johor memerlukan pelan induk jangka panjang yang komprehensif, holistik dan menyeluruh yang diperkasakan oleh inovasi dan reka bentuk berteknologi tinggi untuk melindungi negeri daripada bencana iklim seperti kejadian banjir baru-baru ini, pada masa hadapan. Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata sehubungan itu, ia menuntut usaha berbagai-bagai sektor dan pihak antaranya penggubal dasar, ahli akademik, pemain industri utama […]

» Read more

Masih Ada Ruang Perundangan Bagi Najib Mendapat Pembelaan Sewajarnya – Wan Rosdy

KUALA LUMPUR, 2 April – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail melahirkan rasa sedih dan simpati terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan pada Jumaat lalu yang menolak permohonan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak untuk diberi kebenaran menyemak keputusan rayuan akhir berhubung kes SRC International Sdn Bhd. Ujar Menteri Besar Pahang itu, sebagai rakyat Malaysia yang […]

» Read more

Perkukuh Institusi Yang Ditubuh UMNO, Fokus Bela Rakyat – SUA

GERIK, 2 April – UMNO akan terus melindungi kepentingan institusi yang telah ditubuh parti itu bagi membantu melahirkan generasi cemerlang tanpa mengenal ideologi politik, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Jelas beliau ini termasuk Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang memainkan peranan penting dalam membantu golongan Bumiputera melalui peluang pendidikan dan perniagaan dalam meningkatkan taraf kehidupan mereka.   “Saya […]

» Read more

Najib Wajar Dibebas dan Dilepaskan – Hakim Abdul Rahman

PUTRAJAYA, 1 April – Panel Hakim Mahkamah Persekutuan sebelum ini mungkin tidak berlaku adil terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak semasa ia mendengar dan menolak rayuan bekas perdana menteri itu terhadap sabitan serta hukuman dalam kes SRC International Sdn Bhd apabila Najib tidak diwakili secara sah, kata hakim tunggal yang menentang keputusan majoriti menolak rayuan Najib semalam. Hakim Besar Sabah […]

» Read more

Wujudkan RCI, Beri Keadilan Lebih Telus Ke Atas Najib – Pemuda UMNO

KUALA LUMPUR, 1 April – Pergerakan Pemuda UMNO memohon agar kerajaan mewujudkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk memberikan keadilan yang lebih telus ke atas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Kata Ketuanya Dr Akmal Saleh dalam satu hantaran di Facebook, cadangan tersebut diutarakan setelah mengambil kira hujah yang diberikan oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk […]

» Read more

Najib Tidak Diwakili Semasa Rayuan, Berlaku Ketidakadilan, Kata Hakim

PUTRAJAYA, 31 Mac – Hakim tunggal yang bersetuju supaya permohonan semakan Datuk Seri Najib Tun Razak dibenarkan berpendapat adalah tidak adil bagi bekas perdana menteri itu terpaksa menanggung akibat daripada kesilapan dilakukan peguamnya dalam prosiding rayuan kes membabitkan dana SRC International Sdn Bhd. Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Abdul Rahman Sebli, yang mempengerusikan panel lima hakim, berkata peguam Najib […]

» Read more

Kes Najib: SUA Harap Lembaga Pengampunan Ambil Kira Hujah Hakim Besar Sabah, Sarawak

KUALA LUMPUR, 31 Mac – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berharap agar Lembaga Pengampunan mengambil kira penghujahan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Yang Amat Arif Datuk Abdul Rahman Sebli dalam semakan semula keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap Datuk Seri Najib Razak. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Asyraf Wajdi turut memuji Yang Amat Arif Datuk Abdul Rahman Sebli kerana […]

» Read more
1 189 190 191 192 193 407