MINDEF Terima 50 Ambulans, Perkasa Tahap Perkhidmatan Kor Kesihatan ATM

KUALA LUMPUR, 28 Mac – Kementerian Pertahanan (MINDEF) hari ini menerima 50 unit ambulans bagi memperkasakan Kor Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sekali gus mempertingkatkan mutu perkhidmatan kesihatan anggota tentera. Aset-aset yang akan ditempatkan di kem-kem ATM dan hospital-hospital ATM di seluruh negara antaranya Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan Wangsa Maju, Kem Terendak di Melaka dan Gemas di Negeri Sembilan […]

» Read more

Peruntukan Belanjawan 11 Kementerian Diluluskan Pada Minggu Keenam Sidang Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR, 24 Mac – Peruntukan belanjawan bagi 11 kementerian diluluskan di peringkat jawatankuasa pada minggu keenam mesyuarat Dewan Rakyat. Ia melibatkan Kementerian Dalam Negeri; Kementerian Kerja Raya; Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi; Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya; Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta Kementerian Kesihatan. Selain itu ialah, Kementerian Sumber Manusia; Kementerian Pengangkutan; Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri; Kementerian […]

» Read more

Dasar Baharu Dalam Usaha Mansuh Hukuman Mati Mandatori – Azalina

KUALA LUMPUR, 23 Mac – Jemaah Menteri dalam mesyuarat pada Jumaat lepas bersetuju dengan beberapa dasar baharu dalam usaha pemansuhan hukuman mati mandatori, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said. Beliau berkata antara dasar itu ialah; tiada lagi hukuman pemenjaraan sepanjang hayat sebagai alternatif kepada hukuman mati mandatori, sebaliknya, hukuman alternatif baharu […]

» Read more

Jadikan Bidang Keusahawanan Sebagai Kerjaya Utama – Ahmad Maslan

PETALING JAYA, 22 Mac – Bidang keusahawanan perlu dijadikan kerjaya utama rakyat di negara ini dalam meningkatkan pendapatan mereka, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan. Beliau berkata menerusi bidang berkenaan rakyat mudah memperoleh pendapatan tinggi dan dapat membantu membangunkan serta memajukan negara. “Negara lain maju kerana rakyatnya ramai jadi usahawan. Semakin ramai usahawan di sesebuah negara lagi cepat […]

» Read more

Kepimpinan Wanita, Pemuda Dan Puteri Ada Tanggungjawab Besar Perkuat UMNO – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 21 Mac – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berpandangan senario politik kini semakin dinamik dan memerlukan kepimpinan parti yang teguh dalam mendepani cabaran tersebut. Perkara tersebut diharapkan beliau daripada kepimpinan Wanita dan sayap, Pergerakan Pemuda dan Puteri yang mendapat mandat baharu daripada akar umbi parti menerusi Pemilihan UMNO baru-baru ini. “Hari ini (semalam) saya telah […]

» Read more

Zambry Bertemu Menteri Luar Sri Lanka, Maldives Di London

PUTRAJAYA, 16 Mac – Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir bertemu dengan rakan sejawatnya Ali Sabry dari Sri Lanka dan Abdulla Shahid dari Maldives semasa lawatan kerja tiga harinya ke London yang berakhir pada Rabu bersempena sambutan Hari Komanwel. Zambry dalam kenyataan hari ini berkata dalam pertemuannya dengan Ali, kedua-dua mereka senada dalam usaha untuk terus meningkatkan […]

» Read more

UMNO Tetap Subur Dengan Semangat Perjuangan, Parti Akar Umbi – Puad

KUALA LUMPUR, 16 Mac – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menegaskan bahawa UMNO tetap subur dengan semangat perjuangan dan mendukung demokrasi. Justeru katanya, tidak timbul persoalan apabila jawatan nombor satu dan nombor dua dalam parti tidak dipertandingkan maka kononnya dianggap seolah-olah tidak ada demokrasi. “Sebenarnya demokrasi bukan setakat subur tetapi semakin subur sekarang ini […]

» Read more

Kerajaan Akan Adakan Siri Jelajah Perjelas Isu Kumpulan Sulu Di Luar Negara

KOTA BHARU, 15 Mac – Kerajaan akan mengadakan siri jelajah untuk memperjelaskan isu tuntutan kumpulan sulu di beberapa negara, yang diketuai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tujuan jelajah itu diadakan untuk menjelaskan bahawa kumpulan Sulu itu pengganas, selain mengelakkan persepsi tidak […]

» Read more

Melaka Mohon KKM Tambah Pusat, Mesin Dialisis

MELAKA, 15 Mac – Kerajaan Melaka memohon Kementerian Kesihatan (KKM) menambah pusat dan mesin hemodialisis bagi menampung keperluan pesakit buah pinggang di negeri itu, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka diberitahu hari ini. Exco Kesihatan dan Anti Dadah Negeri Dr Muhamad Akmal Saleh berkata setakat ini Melaka mempunyai empat pusat hemodialisis KKM iaitu di Hopital Melaka, Hospital Alor Gajah, Hospital […]

» Read more

Mohamad Alamin Tekad Perhebat UMNO Kembali, Bawa Suara Akar Umbi Sabah

  KOTA KINABALU, 14 Mac – Ketua UMNO Bahagian Kimanis, Datuk Mohamad Alamin yakin bahawa UMNO berada dalam naratif yang betul dan pendekatan yang tepat pada masa kini untuk perhebatkan kembali parti. Katanya, berdasarkan sambutan yang dianggap begitu luar biasa terhadap Pemilihan UMNO bagi sesi 2023/2026 yang bukan hanya hanya di peringkat nasional tetapi juga di peringkat bahagian-bahagian membanggakan maka […]

» Read more
1 190 191 192 193 194 407