Menteri UMNO/BN Kompeten Laksana Tanggungjawab… Pengalaman Dimiliki Jadi Sandaran, Buka Mata Rakyat – Mohd Hilmi

KUALA LUMPUR, 12 April – Pemimpin UMNO/Barisan Nasional (BN) yang membarisi Kabinet Kerajaan Perpaduan sememangnya kompeten dalam melaksanakan portfolio mereka seperti yang diamanahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang, Mohd Hilmi Elias. Menurut beliau, pengalaman dimiliki menjadi sandaran kepada mereka untuk membuka mata rakyat bahawa pemimpin UMNO/BN serius dalam mengangkat isu rakyat. […]

» Read more

UMNO Penyatu Pelbagai Etnik Bumiputera Sabah, Tolak Dakwaan Parti Ekstrim – Maizatul Akmam

LAHAD DATU, 9 April – UMNO telah bertapak di Sabah selama 33 tahun, dan secara umumnya dalam usia tersebut kehadiran ke negeri ini telah diterima pelbagai kaum. Bendahari Wanita UMNO Malaysia, Datin Maizatul Akmam Alawi berkata, ini terbukti keahlian UMNO di Sabah dari sejak awal lagi sehingga kini terdiri daripada pelbagai suku, termasuk sebahagianya kelompok Sino-Kadazan dan memimpin beberapa bahagian […]

» Read more

PEMENANG Saran Bangunkan Projek Perumahan Rakyat Mampu Milik, Bangunkan Kawasan Peninggalan Penjajah

KUALA LUMPUR, 5 April – Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG) hari ini mencadangkan kerajaan supaya membangunkan projek perumahan rakyat mampu milik di beberapa buah Kampung Baru Cina (New Village) termasuk di Negeri Pulau Pinang. Presiden PEMENANG Tan Sri Mohd Yussof Latiff berkata, ini kerana beberapa buah kawasan Kampung Cina itu terletak di kawasan yang strategik dan dikelilingi oleh projek-projek pembangunan […]

» Read more

Menjelang Aidilfitri, Raikanlah Dengan Penuh Keinsafan Dan Kegembiraan

KUALA LUMPUR, 5 April – Aidilfitri ialah hari anugerah dan penghargaan daripada Allah SWT kepada umat Islam sebagai tanda kemenangan menjalani ibadah puasa di sepanjang bulan Ramadan. Bagi Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang juga Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Siti Aminah Aching berharap agar rakyat terutama orang Islam menyambut hari raya ini dengan penuh kegembiraan bersama keluarga tercinta. “Saya mengucapkan […]

» Read more

LTAT Umum Dividen Lima Peratus, Libat Pembayaran RM485.08 Juta

KUALA LUMPUR, 4 April – Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengumumkan kadar dividen lima peratus bagi tahun 2023 melibatkan jumlah pembayaran bernilai RM485.08 juta. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, jumlah pembayaran itu meningkat berbanding RM476.45 juta untuk tahun 2022. “Diharapkan ini membawa berita gembira kepada para pencarum seramai 123,380 orang iaitu anggota-anggota tentera yang menyimpan dalam LTAT. […]

» Read more

Kajian Empirikal Pengasingan Kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya Dilaksana Di Tiga Negara – Azalina

PUTRAJAYA, 3 April – Inisiatif pengasingan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya akan dilaksana secara berfasa selama dua tahun melalui kajian empirikal di tiga negara iaitu Kanada, Australia serta United Kingdom. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata pelaksanaan kajian itu dipersetujui Jemaah Menteri pada 31 Jan lepas dengan kajian empirikal yang […]

» Read more

Rakyat Sabah Mahukan Perubahan, UMNO Harapan Untuk Masa Hadapan Lebih Baik – Sharif Musa

LAHAD DATU, 30 Mac – Rakyat Sabah mengharapkan perubahan sepenuhnya dalam pentadbiran kerajaan lantaran mahukan pembaharuan dan kemajuan untuk masa depan mereka. Demikian jelas Ketua UMNO Bahagian Lahad Datu, Sharif Musa Sharif Mabul yang merasai gelombang sokongan rakyat kepada UMNO dalam setiap program termasuklah menerusi siri jelajah berbuka puasa yang melibatkan enam zon dan berakhir di Zon 5, baru-baru ini. […]

» Read more

Keselamatan Siber: Perangi Sindiket Scam, Judi Talian Dengan Perundangan – Manndzri

KUALA LUMPUR, 29 Mac – Ahli Parlimen Tenggara Manndzri Nasib berkata seiring dengan perkembangan dunia siber teknologi pesat membangun peralihan geopolitik serta ekonomi negara, maka keselamatan siber perlu diambil berat.  Jelasnya, pindaan yang dibuat berkaitan Undang-Undang Keselamatan Siber bertepatan dan perlu mendapat sokongan semua pihak kerana ancaman keselamatan siber semakin serius malah menjadi antara kebimbangan utama masyarakat dunia. “Penubuhan Jawatankuasa […]

» Read more

UMNO/BN Sabah Tetapkan Tiga Kriteria Pilih Calon PRN17 – Bung Moktar

SANDAKAN, 29 Mac – UMNO/Barisan Nasional (BN) Sabah menetapkan tiga kriteria utama iaitu ‘winnability’ (boleh menang), ‘acceptability’ (dapat diterima) dan ‘likeability’ (disenangi) dalam memilih calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah akan datang. Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata kriteria ini penting bagi memastikan calon yang bakal dipilih akan menghadiahkan kemenangan kepada parti […]

» Read more

MB Johor Hanya Mahu Pentadbiran Di CIQ Lancar – Pandak

JOHOR BHARU, 29 Mac – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar, Datuk Pandak Ahmad yakin bahawa segala usaha Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi hanyalah untuk menjadikan pentadbiran Kastam dan Imigresen (CIQ) berjalan dengan baik serta lancar. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau beranggapan bahawa Setiausaha Agung CUEPACS tidak benar-benar tahu akan masalah yang berlaku di pintu sempadan […]

» Read more
1 155 156 157 158 159 415