Keselamatan Siber: Perangi Sindiket Scam, Judi Talian Dengan Perundangan – Manndzri

KUALA LUMPUR, 29 Mac – Ahli Parlimen Tenggara Manndzri Nasib berkata seiring dengan perkembangan dunia siber teknologi pesat membangun peralihan geopolitik serta ekonomi negara, maka keselamatan siber perlu diambil berat. 

Jelasnya, pindaan yang dibuat berkaitan Undang-Undang Keselamatan Siber bertepatan dan perlu mendapat sokongan semua pihak kerana ancaman keselamatan siber semakin serius malah menjadi antara kebimbangan utama masyarakat dunia.

“Penubuhan Jawatankuasa Keselamatan Siber membolehkan pihak kerajaan mengambil tindakan untuk mengawal selia, memperkukuhkan serta mengambil pendekatan proaktif dalam menangani cabaran keselamatan siber negara dalam usaha memerangi isu jenayah siber memburu sindiket penipuan (scam), judi dalam talian terutama yang melibatkan golongan Insan Muda Malaysia (IIM).

“Statistik dengan isyarat jelas bahawa negara perlu bersedia memastikan jenayah rentas sempadan ini agar tidak membengkak dan membarah. Langkah menubuhkan Suruhanjaya Keselamatan Siber Malaysia yang sedang dibincangkan adalah langkah tepat.

“Pusat Tindak balas Insiden Siber Cyber999 kendalian CyberSecurity Malaysia telah merekodkan 4,898 insiden keselamatan siber sejak Januari hingga Oktober tahun 2023 . terdapat penipuan dalam talian seperti scam yang menduduki di tangga teratas dengan jumlah insiden sebanyak 3,087,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi Perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Siber, Dewan Rakyat pada Rabu. 

Tambah Manndzri, Statistik Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman merekodkan 19,224 kes jenayah dalam talian tempoh Januari hingga September 2023.

“Statistik JSJK merekodkan 19,224 kes jenayah dalam talian, peningkatan 23 peratus berbanding 15,659 kes yang dicatatkan bagi tempoh sama tahun 2022. Nilai kerugian sejak Januari hingga September 2023 meningkat RM687 juta atau 29 peratus berbanding tempoh sama 2022.

“Insiden scam perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak negara telah mengalami kerugian jutaan ringgit dan tekanan emosi sehingga mendorong seseorang untuk membunuh diri sendiri,” jelasnya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.