Jangan Jadikan Rakyat Mangsa Kepentingan Politik – Ahmad Zahid

KOTA BELUD, 8 Jan – Pemimpin-pemimpin di negara ini diingatkan supaya tidak menjadikan rakyat sebagai mangsa, atau mempertaruhkan ‘harga mahal’ bagi mencapai kepentingan politik kelompok tertentu, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata, perbezaan pendapat atau pegangan dalam politik tidak menjadi masalah di negara ini yang mengamalkan sikap terbuka, namun keutamaan perlu diberikan kepada kepentingan […]

» Read more

Sokongan Kepada Kerajaan Perpaduan… Sanusi Dinasihat Lupa Hasrat Tubuh Kerajaan ‘Mi Segera’ – Mohd Puad

KUALA LUMPUR, 8 Jan – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dinasihatkan agar melupakan hasrat Perikatan Nasional (PN) untuk menubuhkan kerajaan ‘mi segera’ dan mengikut sahaja pendirian Pas untuk menunggu sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, dakwaan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Syed Abu Hussin Hafiz […]

» Read more

Perkukuh Parti, Semarakkan Perjuangan Jadi Azam UMNO Bahagian Lahad Datu

LAHAD DATU, 3 Jan – Suasana tahun baharu meletakkan pelbagai azam yang pastinya akan menyemarakkan kembali perjuangan UMNO agar kembali kukuh dan terus ampuh. Ketua UMNO Bahagian Lahad Datu, Sharif Musa Sharif Mabul memaklumkan bahawa program di UMNO bahagian terbabit telah dirancang dengan memanfaatkan kepelbagaian kaum dan budaya khusus dalam memastikan UMNO terus kukuh. Katanya, sudah tiba masanya rakyat Sabah […]

» Read more

Bung Moktar Ajak Ahli UMNO Tingkatkan Iltizam, Teruskan Perjuangan Cipta Kecemerlangan

KOTA KINABALU, 3 Jan – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengajak semua ahli UMNO agar mengambil kesempatan pada tahun baharu ini untuk menanam azam bagi meneruskan perjuangan dan mencipta kecemerlangan. Katanya UMNO khususnya di Sabah telah melalui pelbagai cabaran, ditinggalkan oleh rakan-rakan seperjuangan dalam parti, namun dengan adanya pemimpin dan ahli parti yang masih berprinsip […]

» Read more

Banjir: 4,893 Hektar Kawasan Pertanian Terjejas, Kerugian Lebih RM22 Juta

PUTRAJAYA, 2 Jan – Sebanyak 4,893.73 hektar kawasan pertanian terjejas akibat bencana banjir melibatkan 2,269 petani terkesan serta kerugian kira-kira RM22,823,601, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. “Antara kawasan pertanian yang teruk terjejas akibat banjir adalah di Kelantan,“ katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat Bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan Taklimat dan Penyelarasan Situasi Bencana […]

» Read more

UMNO Penggalas Utama Dalam Kerajaan Perpaduan, Mendaulat Kedudukan Melayu-Islam – Norshida

SEGAMAT, 1 Jan – UMNO adalah penentu dan penggalas utama dalam Kerajaan Perpaduan untuk mendaulatkan kedudukan Melayu-Islam seperti termaktub di dalam Perlembagaan, kata Ketua Wanita UMNO Segamat, Datuk Norshida Ibrahim. Jelasnya, Kerajaan Perpaduan yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 lalu telah berjaya membawa dimensi kestabilan politik yang kukuh kepada negara. “Setelah setahun Kerajaan Perpaduan dibentuk menerusi gabungan UMNO/Barisan […]

» Read more

Realisasikan Konsep Masyarakat Penyayang, Badan NGO Berperanan Bantu Kebajikan Rumah Anak-Anak Yatim

KUDAT, 27 Dis – Badan bukan kerajaan (NGO), persatuan, pertubuhan dan parti politik diminta memainkan peranan membantu rumah anak-anak yatim dan kebajikan bagi merealisasikan konsep masyarakat penyayang. Ketua Wanita Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Datuk Hajah Siti Aminah Aching berkata, usaha ini dapat membantu memberikan sokongan kepada kerajaan dalam membantu golongan sasaran yang memerlukan. “Kita tidak menafikan saban tahun kerajaan […]

» Read more

Kembalikan Kekuatan UMNO, Hidupkan Semangat Perjuangan Dengan Aktifkan Cawangan – Jeffrey Nor

PUTATAN, 26 Dis – Pengarah Jabatan Pilihan Raya UMNO Negeri Sabah, Jeffrey Nor Mohamed menegaskan bahawa nilai perjuangan dalam UMNO perlu diteruskan dengan mengaktifkan gerak kerja parti bukan sahaja di peringkat bahagian tetapi juga di akar umbi yang melibatkan anggota cawangan-cawangan parti. Katanya yang juga Ketua UMNO Bahagian Putatan, banyak cawangan UMNO yang sebelum ini tidak aktif selepas kekalahan Barisan […]

» Read more

Malaysia Madani Hargai Ragam Budaya Dan Agama, Raikan Kepelbagaian Kaum

PENAMPANG, 26 Dis – Usaha untuk membangun Malaysia Madani yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencerminkan kesediaan untuk mengakui, menghargai, dan meraikan keragaman budaya dan agama, sambil mencipta ruang bagi semua warganegara berganding bahu dalam arus pembangunan negara. Ketua Wanita UMNO Sabah, Datuk Noraini Idris berkata, perpaduan yang kuat akan membawa negara ini melewati pelbagai rintangan dan berbekalkan […]

» Read more

Pelihara Kepelbagaian Kaum, Elak Keruhkan Keharmonian Rakyat – Siti Aminah

KUALA PENYU, 25 Dis – Rakyat diingatkan agar tidak memandang ringan soal menjaga hubungan antara masyarakat pelbagai kaum, agama dan budaya di negara ini kerana ia bukan sesuatu yang mudah untuk dikekalkan. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO merangkap Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Siti Aminah Aching berkata, walaupun kini rakyat Malaysia bertuah kerana masih dapat meraikan pelbagai perayaan termasuk Krismas, […]

» Read more
1 173 174 175 176 177 426