Media Sosial Berperanan Bantu Sebar Luaskan Pengaruh UMNO – Maizatul Akmam

LAHAD DATU, 15 Feb – Peranan media sosial terbukti berkesan jika digunakan dengan teratur dan berstrategi untuk menyampaikan hala tuju dan program UMNO di samping dapat menyebarluaskan pengaruhnya kepada masyarakat. Bendahari Wanita UMNO Malaysia, Datin Maizatul Akmam Alawi berkata, pendekatan ini telah digunakan pakai oleh Barisan Nasional (BN) dalam beberapa siri pilihan raya sebelum ini termasuk di Pilihan Raya Negeri […]

» Read more

UMNO Mesti Kuasai Media Sosial Untuk Fakta Yang Betul, Berani Salurkan Suara Rakyat – Jeffery Noor

KOTA KINABALU, 15 Feb – Pengarah Jabatan Pilihan Raya UMNO Negeri Sabah, Jeffrey Nor Mohamed menegaskan bahawa ahli-ahli UMNO mesti berani bagi menjadi saluran kepada suara rakyat dengan mendapatkan fakta dan data yang betul. Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Putatan menekankan bahawa dalam hal ini generasi muda khususnya Pemuda dan Puteri UMNO adalah golongan penting bagi memenuhi kehendak rakyat. […]

» Read more

SUA Harap Jawatankuasa Khas Undang-Undang Islam Syor Naik Taraf Akta 355

KUALA LUMPUR, 15 Feb – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi mengharapkan agar Jawatankuasa Khas Undang-Undang Islam yang telah ditubuhkan akan dapat mengesyorkan Majlis Raja-Raja agar menaik taraf Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) ataupun Akta 355. Menurutnya, antara cadangan penting adalah untuk menaikkan had hukuman denda maksimum yang kali terakhir dipinda pada tahun 1984. “Moga-moga Jawatankuasa Khas Undang-Undang […]

» Read more

KEB 2024 Gali Teknologi, Peluang Baharu Ekonomi Bumiputera – Ahmad Zahid

PUTRAJAYA, 14 Feb – Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024 selama tiga hari yang akan bermula pada 29 Feb depan akan menggali potensi teknologi dan peluang baharu bidang ekonomi bagi memperkasa bumiputera di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata antara perkara yang turut akan dibincangkan […]

» Read more

Pendidikan Awal Kanak-Kanak Agenda Masyarakat ‘Melentur Buluh Dari Rebungnya’ – Raime

TENOM, 9 Feb – Pendidikan awal kanak-kanak merupakan agenda masyarakat ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN-dilantik) Sabah, Datuk Raime Unggi. Beliau yang juga Pengerusi Ahli Lembaga Penasihat GIATMARA Parlimen Tenom itu telah hadir untuk menyempurnakan Hari Apresiasi Tabika dan Tadika Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) pada Selasa lalu. Jelasnya, ledakan teknologi telah mempengaruhi pemikiran anak-anak sementara […]

» Read more

UMNO Terus Komited Membela Datuk Seri Najib Razak

TANDA-TANYA nasib Datuk Seri Najib telah terjawab setelah Lembaga Pengampunan mengeluarkan kenyataan media mereka baru-baru ini. Kita mengharapkan agar Datuk Seri Najib diberikan pengampunan penuh tetapi keputusan Lembaga Pengampunan ialah mengurangkan separuh dari hukuman beliau. Sememangnya keputusan ini mengecewakan kita semua. Dan kita berhak untuk rasa kecewa kerana Datuk Seri Najib telah dinafikan hak beliau untuk mendapat perbicaraan yang adil. […]

» Read more

Optimumkan Penggunaan Media Sosial, Sebarluaskan Peranan UMNO – Bung Moktar

KOTA KINABALU, 9 Feb – Penggunaan media sosial perlu dioptimumkan sepenuhnya oleh ahli UMNO dalam usaha menyebarluaskan pengaruh parti itu secara lebih positif kepada rakyat. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, dengan adanya pengaruh media sosial, rakyat dan pengundi khususnya pengundi muda boleh didekati dengan cara yang lebih berhemah dan bijaksana selari dengan perkembangan dunia […]

» Read more

Ketepi Perbezaan, Cari Titik Persamaan… Angkat Agenda Kepentingan Rakyat Bersama

IPOH, 9 Feb – Kerajaan Perpaduan yang dibentuk pada hari ini melalui proses dan fasa yang memerlukan semua pihak mengetepikan perbezaan dan mencari titik persamaan demi mengangkat agenda rakyat. Ketua Penerangan UMNO Negeri Perak, Datuk Hang Tuah Din berkata, dalam konteks negeri itu, proses pembentukan Kerajaan Perpaduan di Perak bukanlah sesuatu yang mudah maka kita perlu menginsafinya. “Kita perlu sedar, […]

» Read more

UMNO Labuan Tekad Kembalikan Kegemilangan, Susun Program Berimpak Besar Untuk Rakyat

LABUAN, 7 Feb – Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Mohd Rafi Alli Hassan bertekad untuk mengembalikan kegemilangan pulau terbabit yang sebelum ini menjadi lokasi tumpuan khususnya para pelancong dari dalam dan luar negara. Katanya yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, keadaan yang suram dan malap di Labuan sebelum ini adalah ekoran beberapa perkara yang telah dikenalpasti malah langkah […]

» Read more

Ambil Pengajaran Kes Pulau Batu Puteh… Kerajaan Akan Bentang Akta Kedaulatan Negara Di Parlimen – Azalina

KUALA LUMPUR, 6 Feb – Kerajaan akan membentangkan Rang Undang-Undang Akta Kedaulatan Negara pada sesi Parlimen akan datang untuk bacaan kali kedua, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said. Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO berkata, akta tersebut adalah sebagai pengajaran daripada kes Pulau Batu Puteh yang akhirnya terlepas ke tangan Singapura […]

» Read more
1 170 171 172 173 174 426