UMNO Terus Komited Membela Datuk Seri Najib Razak

TANDA-TANYA nasib Datuk Seri Najib telah terjawab setelah Lembaga Pengampunan mengeluarkan kenyataan media mereka baru-baru ini.

Kita mengharapkan agar Datuk Seri Najib diberikan pengampunan penuh tetapi keputusan Lembaga Pengampunan ialah mengurangkan separuh dari hukuman beliau.

Sememangnya keputusan ini mengecewakan kita semua. Dan kita berhak untuk rasa kecewa kerana Datuk Seri Najib telah dinafikan hak beliau untuk mendapat perbicaraan yang adil.

Malah Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Abdul Rahman Sebli dalam penghakiman minoritinya dalam rayuan kes Datuk Seri Najib menyatakan bahawa menegaskan bahawa bekas perdana menteri itu gagal diberi keadilan dan wajar dibebas dari semua pertuduhan.

Namun kita perlu untuk menerima hakikat yang keputusan telah dibuat dan di umumkan. Keputusan ini telah dibuat merupakan hak mutlak Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Abdullah Riโ€™ayatuddin selaku Yang di-Pertuan Agong (YDPA) sebelum ini.

Kita selaku rakyat yang taat serta setia pada Raja patut menjunjung serta menghormati keputusan baginda.

Dan UMNO juga telah berusaha sebaiknya dalam saluran rasmi mahupun tidak rasmi dalam usaha untuk mendapatkan pengampunan penuh untuk Datuk Seri Najib.

Tetapi, adakah sudah tertutup segala ruang dan peluang untuk kita berusaha kepada pembebasan Datuk Seri Najib?

Jawapannya TIDAK. Kita masih boleh lagi berusaha untuk memohon pengampunan penuh untuk Datuk Seri Najib.

Majlis Kerja Tertinggi UMNO sudah bermesyuarat dan menyatakan komitmen untuk meneruskan langkah-langkah mendapatkan pembelaan terhadap beliau sesuai dengan laras undang-undang negara.

Majlis Kerja Tertinggi UMNO juga berpegang kepada keputusan Perhimpunan Agung UMNO yang mahu usaha pembelaan Datuk Seri Najib diteruskan.

Hari ini UMNO sedang dalam usaha turun memberi penerangan kepada ahli-ahli tentang keputusan ini. Memberikan penerangan yang jelas tentang situasi sebenar kepada akar umbi agar tidak terpengaruh dengan dakyah serta hasutan dari pihak lawan yang sentiasa mahu melihat kita berpecah-belah.

Kita juga dalam usaha untuk mendapatkan tandatangan serta sokongan dari akar umbi untuk di dipersembahkan kepada YDPA yang baharu iaitu Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar.

Jika selama ini kita hanya duduk dan mengikuti perkembangan kes Datuk Seri Najib dari jauh, sekarang kita boleh memberikan sumbangan kita dalam usaha mendapatkan pengampunan penuh kepada beliau.

UMNO telah sentiasa tidak berdiam diri membiarkan Datuk Seri Najib berkeseorangan menghadapi dugaan ini dan UMNO sudah pastinya akan menggunakan apa saja peluang serta ruang yang ada untuk mendapatkan keadilan kepada Bossku yang kita kasihi.

Kita selaku ahli UMNO juga perlu terus memperkukuhkan parti kerana parti keramat ini membawa agenda lebih besar untuk agama dan umat Melayu, terus istiqamah di dalam landasan perjuangan UMNO dan terus memberikan kepercayaan terhadap pimpinan parti.

Salam Perjuangan,

๐— ๐—ข๐—›๐—— ๐—ฆ๐—›๐—จ๐—ž๐—ฅ๐—ฌ ๐—•๐—œ๐—ก ๐—ฅ๐—ข๐—ฆ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜’๐˜ฆ๐˜ต๐˜ถ๐˜ข ๐˜—๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜œ๐˜”๐˜•๐˜– ๐˜‰๐˜ข๐˜ฉ๐˜ข๐˜จ๐˜ช๐˜ข๐˜ฏ ๐˜š๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ข๐˜บ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ. ๐˜”๐˜ข๐˜ฏ๐˜ต๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ค๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜›๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ข๐˜จ๐˜ข ๐˜—๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜จ๐˜จ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ข๐˜ฌ ๐˜‰๐˜ช๐˜ณ๐˜ฐ ๐˜›๐˜ข๐˜ต๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฆ๐˜จ๐˜ข๐˜ณ๐˜ข. ๐˜ˆ๐˜ฌ๐˜ต๐˜ช๐˜ท๐˜ช๐˜ด ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ต๐˜ข ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ค๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ด ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ถ๐˜ฌ ๐˜ญ๐˜ช๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ข๐˜ด๐˜ช ๐˜ฑ๐˜ฐ๐˜ญ๐˜ช๐˜ต๐˜ช๐˜ฌ, ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ญ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ข๐˜จ๐˜ข๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ด๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ญ๐˜ช๐˜ด๐˜ฎ๐˜ฆ

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.