UMNO Konsisten Terus Pertahan Islam, Perjuangkan Bangsa Dan Kedaulatan Tanah Air – Mohd Rafi

KUALA LUMPUR, 24 April – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Rafi Alli Hassan menegaskan bahawa UMNO adalah satu-satunya parti yang konsisten dalam perjuangan demi mengekalkan maruah agama, bangsa dan negara. Katanya, sejak penubuhannya dan sehingga ke hari ini UMNO terus dalam perjuangan parti serta lantang mempertahankan hal berkaitan kepentingan agama, bangsa dan tanah air. “Kita lihat baru-baru […]

» Baca lanjut

Warga BHEUU Perlu Seiring Jayakan Agenda Reformasi Institusi – Azalina

KUALA LUMPUR, 24 April – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said menyeru seluruh warga Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) untuk bergerak seiring bagi menjayakan agenda reformasi institusi yang diusahakan oleh Kerajaan Madani. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO Malaysia turut menzahirkan harapan agar setiap pegawai di BHEUU […]

» Baca lanjut

Helikopter TLDM Jalani Tiga Kali Raptai Sebelum Insiden – Khaled

KUALA LUMPUR – Dua helikopter yang dilaporkan bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sedang menjalani raptai untuk kali ketiga bersempena dengan sambutan Hari Terbuka Armada TLDM yang dijangka berlangsung Sabtu ini. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kejadian terbabit menyebabkan 10 anggota TLDM yang berpangkalan di Lumut, Perak dan Kota Kinabalu, Sabah maut. Menurutnya, […]

» Baca lanjut

UMNO/BN Akan Dominan Semula… Ikhlas Dalam Perjuangan, Bekerja Bersungguh-Sungguh – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 22 April – UMNO/Barisan Nasional (BN) akan menjadi dominan semula dan ia perlu disusuli dengan keikhlasan dalam perjuangan serta bekerja bersungguh-sungguh untuk mencapainya. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau berkeyakinan bahawa UMNO/BN Selangor akan terus diberi nafas baharu untuk menentukan Kerajaan Perpaduan terus diperkukuhkan di negeri itu. “Saya yakin UMNO/BN Selangor akan terus diberikan […]

» Baca lanjut

Hargai Jasa UMNO, Legasi Kepimpinan Tidak Ternilai Angkat Usaha Majukan Negara – Fikhran Hamsi

KUALA LUMPUR, 22 April – Hasil kepimpinan perjuangan UMNO sememangnya telah berjaya untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju dan progresif. Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Fikhran Hamsi Mohamad Fatmi berkata nilai-nilai Malaysia yang unggul dapat diwujudkan melalui para pemimpin negara sejak perjuangan menuntut kemerdekaan, pembangunan dan perjuangan negara yang dipelopori oleh UMNO Katanya, ini kerana terdapatnya kestabilan politik, perkembangan […]

» Baca lanjut

UMNO Lahad Datu Turun Padang Lawat Mangsa Kebakaran, Selami Kesulitan Rakyat

LAHAD DATU, 19 April – Kebersamaan UMNO dalam menyantuni masyarakat diaplikasi setiap masa khususnya apabila ditimpa musibah sebagaimana yang direalitikan Ketua UMNO Bahagian Lahad Datu, Sharif Musa Sharif Mabul. Beliau bersama-sama anggota jawatankuasanya telah melawat keluarga mangsa kebakaran rumah di Kampung Sharif di sini, Jamidah Shardek apabila kediamannya musnah akibat hangus dijilat api dalam kejadian baru-baru ini. Kata Sharif Musa, […]

» Baca lanjut

Ahmad Zahid Rakam Takziah Kepada Arthur Sekeluarga

KUALA LUMPUR, 18 April – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merakamkan ucapan takziah kepada Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup serta keluarga atas pemergian Tan Sri Joseph Kurup, yang meninggal dunia semalam. Beliau yang mewakili Barisan Nasional (BN) dalam hantaran di Facebooknya menzahirkan ucapan setinggi-tinggi takziah kepada Arthur sekeluarga dalam menghadapi ujian […]

» Baca lanjut

Ada Cubaan Menakut-Nakutkan Ahli UMNO, Tapi Parti Tetap Relevan – Mohamad Alamin

KUALA LUMPUR, 17 April – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohamad Alamin menyelar segelintir pihak yang mengatakan parti ini hidup kerana diberikan nafas kedua dalam Kerajaan Perpaduan. Tegasnya, perkara ini tidak benar sama sekali ia hanya propaganda serta mahu menakut-nakutkan ahli UMNO serta penyokong-penyokongnya. Menurutnya, permuafakatan dalam Kerajaan Perpaduan hari ini ternyata jelas bahawa UMNO masih lagi relevan walaupun […]

» Baca lanjut

Aidilfitri 1445H: Sambutlah Hari Lebaran Dengan Penuh Kesyukuran

KUALA LUMPUR, 12 April – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang juga Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata Aidilfitri adalah tanda kemenangan buat umat Islam dalam melaksanakan ibadah puasa dan mengharungi segala ujian dan cabaran. Jelasnya, sempena hari raya ini beliau mengharapkan kepada semua penyokong-penyokong parti mendapat rahmat dari Allah SWT. “Saya mengucapkan selamat Hari Raya […]

» Baca lanjut

Raikan Aidilfitri Bersama, Teruskan Perjuangan Istiqamah Raih Kejayaan

KUALA LUMPUR, 11 April – Berakhirnya Ramadan berganti Syawal yang sarat dengan pelbagai makna dan nilai tersendiri. Sehubungan itu Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri 1445 Hijrah bagi tahun 2024 ini. Ab Rauf yang juga Ketua Menteri Melaka mengharapkan ahli UMNO terus utuh dan teguh dengan semangat serta jiwa perjuangan […]

» Baca lanjut
1 153 154 155 156 157 417