Raikan Aidilfitri Bersama, Teruskan Perjuangan Istiqamah Raih Kejayaan

KUALA LUMPUR, 11 April – Berakhirnya Ramadan berganti Syawal yang sarat dengan pelbagai makna dan nilai tersendiri.

Sehubungan itu Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri 1445 Hijrah bagi tahun 2024 ini.

Ab Rauf yang juga Ketua Menteri Melaka mengharapkan ahli UMNO terus utuh dan teguh dengan semangat serta jiwa perjuangan untuk terus berkhidmat, sesuai dengan slogan UMNO, Bersatu, Bersetia dan Berkhidmat.

“Bagi pihak Perhubungan UMNO Negeri Melaka, saya dan seluruh warga UMNO negeri Melaka mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Semoga dapat berjumpa lagi dan meneruskan perjuangan demi perjuangan sebuah bangsa.

“Tidak ketinggalan juga kepada semua ahli-ahli UMNO, pejuang-pejuang parti di semua peringkat cawangan, bahagian dan perhubungan UMNO negeri termasuk juga ahli-ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO. Semoga kita teruskan perjuangan dan istiqamah untuk meraih kejayaan,” katanya.

Sementara itu bagi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin merakamkan ucapan selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Malaysia dan terutamanya rakyat Sabah.

“Kepada seluruh umat Islam yang berada di Malaysia, saya merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Mudah-mudahan raya 2024 ini banyak dapat memberi manfaat pada negara dan juga rakyat,” ujarnya.

Terdahulu, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

Ini berikutan tarikh melihat anak bulan Syawal bagi tahun ini ditetapkan pada petang Selasa, 9 April 2024 bersamaan 29 Ramadan 1445 Hijrah dan pengisytiharan tarikh Hari Raya Puasa akan diumumkan pada malam berkenaan. – UMNO Online                              https://youtu.be/kn9XcgcUh-8

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.