Aidilfitri 1445H: Sambutlah Hari Lebaran Dengan Penuh Kesyukuran

KUALA LUMPUR, 12 April – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang juga Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata Aidilfitri adalah tanda kemenangan buat umat Islam dalam melaksanakan ibadah puasa dan mengharungi segala ujian dan cabaran.

Jelasnya, sempena hari raya ini beliau mengharapkan kepada semua penyokong-penyokong parti mendapat rahmat dari Allah SWT.

“Saya mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh muslimin dan muslimat khususnya ahli-ahli UMNO di mana saja anda berada. Semoga hari raya ini memberikan segala kebaikan dan mendapat rahmat dari Allah SWT,” katanya.

Bagi Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin yang juga Ketua UMNO Bahagian Kimanis menjelaskan sambut hari lebaran ini dengan penuh kesyukuran.

“Saya ingin mengambil kesempatan dan mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh warga UMNO di Sabah dan juga seluruh Malaysia.

“Sambutlah lebaran ini dengan rasa penuh kemenangan, kegembiraan dan rasa kekitaan sesama kita. Salam lebaran, salam Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin,” ujarnya.

Sementara itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia Datuk Hasmuni Hassan menasihatkan perantau yang pulang ke kampung halaman masing-masing pada sambutan Hari Raya Aidilfitri untuk memandu dengan berhati-hati. 

https://youtu.be/YXIAMAv24Qg

“Kepada anak perantau yang akan pulang beraya di kediaman masing dan mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri dan selamat memandu di jalan raya semoga semuanya selamat di destinasi masing-masing.

“…dan selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh muslimin dan muslimat terutamanya kepada ahli UMNO yang berada di kawasan-kawasan dan selamat menunaikan ibadah puasa pada tahun ini.”

Bersempena dengan ketibaan Hari Raya Aidlfitri, umat Islam di Malaysia akan menyambut 1 Syawal 1445H tahun 2024M pada hari Rabu, 10 April.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja atas titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dengan persetujuan Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab. – UMNO Online 


Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di linktr.ee/umno #UMNOBangkit