Golongan Muda Kena Ambil Peluang Tunjukkan Kuasa Mereka Di Semenyih – Azhari

KUALA LUMPUR, 11 Feb – Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Datuk Shaari melihat Bantuan Sara Hidup (BSH) yang dijenamakan semula daripada Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak ‘mesra’ kepada orang muda yang berpendapatan rendah sekaligus meranapkan impian golongan berkenaan yang ingin melihat perubahan yang lebih baik hasil daripada pertukaran kerajaan. Menurut beliau kedatangan tahun 2019 bukannya berita yang menggembirakan […]

» Read more

Jadikan PRK Semenyih Referendum Rakyat, Peluang Suarakan Rasa Tak Puas Hati Terhadap PH

SEMENYIH, 10 Feb – Ketua Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menekankan bahawa Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih perlu dijadikan platform terbaik untuk rakyat menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap prestasi Kerajaan Persekutuan pimpinan Pakatan Harapan (PH). Katanya, PRK ini akan dijadikan penanda aras bagi melihat sejauh mana keyakinan rakyat terhadap jalinan […]

» Read more

Selepas Timbalan Menteri Luar, Akademik MB Johor Pula Dipertikai

KUALA LUMPUR 8 Feb. – Selepas cerita ‘sijil palsu’ Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya berbahang sampai ke United Kingdom (UK), timbul pula berita lebih kurang serupa melibatkan Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian. Kali ini, orang ramai meragui kelayakan Osman yang mendakwa mempunyai ijazah dan diploma Perakaunan dari Universiti Pertanian Malaysia yang kini dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia (UPM). […]

» Read more

Maklumat Akademik Palsu Satu Sejarah Hitam Kerajaan Malaysia Baharu

KUALA LUMPUR, 8 Feb – Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia, YB Mohd Shahar Abdullah menyifatkan pendedahan mengenai status ijazah dimiliki Timbalan Menteri Luar yang juga Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Marzuki Yahya yang didakwa palsu sebagai satu sejarah hitam bagi sebuah kerajaan Malaysia baharu. Tegasnya membekalkan maklumat palsu merupakan suatu kesalahan yang amat besar dalam mana-mana organisasi […]

» Read more

20 Fakta Ekonomi Negara : Jangan Senang Dirasuk Syaitan

Saya masih membaca komen, terutama dari penyokong-penyokong DAP – yang berterusan menuduh saya telah menjahanamkan ekonomi negara. Sebenarnya, persepsi mereka begitu kerana telah terlalu lama terpengaruh dengan propaganda DAP dan mereka tidak pernah cuba untuk mencari fakta sebenar. Saya senaraikan 20 fakta untuk tahun 2017 di bawah kerajaan BN semasa saya PM, iaitu tahun sebelum PH mengambil alih. 1. Nisbah […]

» Read more

UMNO Tidak Akan Ditalkinkan – Mohamad

SHAH ALAM 7 Feb. – UMNO akan kembali kuat dengan semangat baharu dan tidak akan ‘ditalkinkan’ hanya kerana Barisan Nasional (BN) tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu. Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas Presiden, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata, kemenangan di Cameron Highlands baru-baru ini ada petanda parti itu tetap disayangi oleh rakyat. Malah dalam sesi Bicara Minda, […]

» Read more

AES : Pembohongan Berterusan Dan ‘U Turn’ Kerajaan PH

Khalid Samad cuba pertahankan U-Turn PH tentang AES. Dia kata pemimpin PH bantah AES sebelum itu hanya kerana AES diswastakan di mana semua kutipan denda pergi kepada syarikat swasta, dan bukan kepada kerajaan, polis atau Jabatan Pengangkutan Jalan. Mereka tiba-tiba terlupa mereka pernah bantah AES kerana ia dianggap zalim, membebankan rakyat dan satu cara untuk sapu duit rakyat? Sebelum mahu terus […]

» Read more

PH Keliru Sama Sendiri, Risau Bayang-Bayang BN

MINGGU lalu, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memaklumkan kerajaan membatalkan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) disebabkan bayaran faedah tinggi yang ditanggung negara hampir RM500 juta setahun. Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Kabinet Khamis lalu. 2. Namun dua jam kemudian, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dilaporkan berkata beliau terkejut atas pengumuman pembatalan projek ECRL itu dan […]

» Read more

MySalam: Tangguh Dulu, Jangan Gopoh

KUALA LUMPUR 1 Feb. – Kenapa tergopoh-gapah sangat hendak melaksanakan Skim Perlindungan Nasional B40 (Skim mySalam), sedangkan perkhidmatan kesihatan negara ketika ini antara yang terbaik di dunia? Tidak semua perkara yang dilaksanakan di Ame¬rika Syarikat, Australia dan Uni-ted Kingdom boleh dicontohi kerana hakikatnya ketiga-tiga negara itu juga gagal dalam menyediakan perkhid¬matan kesihatan yang terbaik kepada rakyat masing-masing. Presiden Ikatan Pengamal […]

» Read more

Bahaya Sangat Ke Saya Main Facebook? – Najib

KUALA LUMPUR 30 Jan. – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) pernah memohon kepada hakim supaya Datuk Seri Najib Tun Razak tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan atau menggunakan media sosial termasuk Facebook dan Twitter. Bekas Perdana Menteri berkata, permohonan tersebut antara dua syarat yang dimohon PH tahun lalu sebelum membenarkan beliau dibebaskan dengan ikat jamin. “Bahaya sangat ke saya main Facebook? “Alhamdulillah, […]

» Read more
1 277 278 279 280 281 312