Golongan Muda Kena Ambil Peluang Tunjukkan Kuasa Mereka Di Semenyih – Azhari


KUALA LUMPUR, 11 Feb – Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Datuk Shaari melihat Bantuan Sara Hidup (BSH) yang dijenamakan semula daripada Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak ‘mesra’ kepada orang muda yang berpendapatan rendah sekaligus meranapkan impian golongan berkenaan yang ingin melihat perubahan yang lebih baik hasil daripada pertukaran kerajaan.

Menurut beliau kedatangan tahun 2019 bukannya berita yang menggembirakan mereka sebaliknya rungutan demi rungutan diterima daripada golongan berkenaan berhubung perkara tersebut yang cukup mengecewakan.

“Saban hari kita dihadapkan dengan rintihan rakyat setelah 2019 muncul kira-kira lima minggu lalu. Paling mengharukan apabila orang bujang mengadu mereka sudah tidak menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) yang dijenamakan semula daripada Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

“Jika diikutkan sejarah pembayaran BR1M di negara ini, Barisan Nasional (BN) bersikap buta warna bendera parti dalam memberi bantuan kepada rakyat Malaysia yang tertekan akibat kenaikan kos hidup seharian.

“Fakta ini bukan rekaan, kerana banyak aduan dan kesalan diucapkan oleh orang bujang yang mengundi Pakatan Harapan (PH) tahun lalu. Mereka memang tidak menduga bantuan yang diterima akhirnya berakhir bersama harapan kecundang.

“Kita berharap bantuan tersebut diberi kembali kepada orang bujang yang mempunyai pendapatan rendah. Semua pihak perlu menyedari bantuan yang diberi oleh Kerajaan BN bukannya rasuah mahupun dedak,” katanya menerusi kenyataan media kepada UMNO-Online.

Azhari seterusnya menambah sebelum Pilihanraya Umum ke 14 (PRU-14), Kerajaan BN menghadapi pelbagai kempen yang ada kala bersifat tidak logik untuk dipenuhi oleh mana-mana Kerajaan sekalipun .

Tegas beliau dengan janji tol percuma, pembatalan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) kepada Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) akhirnya mendatangkan masalah kepada Kerajaan Persekutuan hari ini.

“Setahun bakal berlalu apa yang ada hanyalah sengketa antara pemimpin dalam PH. Harga minyak petrol tidak dapat dijual dengan harga RM1. 50 seliter. Malahan paling terbaru isu pertukaran Timbalan Perdana Menteri (TPM) turut menghiasi diari politik tahun ini.

“Kepada pengundi muda yang mungkin masih belum arif konsep pemerintahan demokrasi berparlimen perlu sedar bahawa suara paling berkesan untuk menyuarakan bantahan adalah dengan mengundi semasa pilihanraya.

“Penduduk Cameron Highland telah memberi amaran kepada PH bahawa mereka tidak akan diberi sokongan jika gagal menunaikan janji kepada rakyat. Mungkin pengundi muda di Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih boleh memberi ingatan yang sama. Siapa tahu. Tunjukkan anda perlu BSH,” ujarnya. -MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.