PH Keliru Sama Sendiri, Risau Bayang-Bayang BN

MINGGU lalu, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memaklumkan kerajaan membatalkan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) disebabkan bayaran faedah tinggi yang ditanggung negara hampir RM500 juta setahun. Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Kabinet Khamis lalu.

2. Namun dua jam kemudian, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dilaporkan berkata beliau terkejut atas pengumuman pembatalan projek ECRL itu dan berkata Azmin tidak maklum dengan keputusan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

3. Guan Eng mendedahkan bahawa Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu tidak maklum mengenai perkembangan terkini berhubung status projek berkenaan kerana beliau tidak hadir dalam mesyuarat Kabinet.

4. Pembatalan itu dibuat kerana kerajaan tidak mampu menanggung kadar faedah projek hampir RM500 juta setahun.

5. Portal berita Straits Times yang berpangkalan di Singapura sebelum ini melaporkan penamatan kontrak itu dilaksana susulan kegagalan syarikat China Communications Construction Co. Ltd. (CCCC) mengurangkan kos projek kepada separuh, iaitu RM40 bilion berbanding RM81 bilion sebelum ini, selain menepati beberapa permintaan kerajaan. CCCC adalah kontraktor utama projek rel besar-besaran itu.

6. Projek ECRL membabitkan jajaran rel sepanjang 688.3 kilometer dari Kota Bharu, Kelantan hingga ke Gombak, Selangor.

7. Sekurang-kurangnya 44 terowong akan dibina di beberapa kawasan dengan keseluruhan jarak meliputi 39.1km di sepanjang jajaran ECRL.

8. Ia termasuk terowong berkembar sepanjang 16.3km dari Bentong ke Gombak yang bakal menjadikannya terowong rel terpanjang di negara ini.

9. Laluan ECRL bakal menghubungkan Kelantan, Terengganu dan Pahang dengan Lembah Klang.

10. Namun, pada minggu ini Perdana Menteri dan Menteri Kewangan kelihatan saling arah mengarahkan untuk mengeluarkan kenyataan rasmi dari Kerajaan Malaysia berkaitan projek ECRL ini.

11. Kelmarin, mesyuarat kabinet membincangkan isu ECRL dan membuat keputusan untuk menerima pakai kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa ia akan dirundingkan dengan mengambil kira sensitiviti kontrak itu sehinggakan Perdana Menteri memaklumkan bahawa berkata belum ada keputusan muktamad dibuat berhubung projek ECRL, dan kedua-dua negara masih berunding mengenai perkara itu.

12. Surat Kementerian Kewangan yang ditandatangani Lim Guan Eng bertarikh 18 Januari 2019 juga telah tersebar berkaitan pembatalan projek ECRL.

13. Bukan sahaja Lim Guan Eng keliru dengan Azmin. Azmin juga akan keliru dengan Lim Guan Eng. Manakala rakyat terus keliru dengan Kerajaan Pakatan Harapan hari ini.

14. Rakyat dapat melihat bahawa kerajaan hari ini sangat mengelirukan dan tidak benar-benar yakin kemampuan menteri-menteri yang dilantik. Kerajaan juga dilihat teragak-agak untuk membuat keputusan kerana ECRL adalah projek rancangan Kerajaan Barisan Nasional lalu. Mereka masih takutkan bayang-bayang Barisan Nasional.

15. Sebagai pencetus sosioekonomi utama ECER, ECRL diunjurkan berupaya mengangkat tahap kesalinghubungan antara kawasan-kawasan industri, pusat ekonomi dan pelabuhan, di samping menawarkan pilihan perjalanan alternatif kepada penumpang. Projek ini juga akan memberi akses lebih baik kepada 10 hab industri di Pantai Timur, sekali gus merapatkan jurang ekonomi berasaskan peluang pekerjaan yang lebih banyak serta menyalurkan nilai modal yang lebih tinggi ke ECER.

16. Projek mega inisiatif Barisan Nasional ini akan menjadi tunjang utama rangkaian infrastruktur pelbagai mod pengangkutan ECER dan menjadi pelengkap kepada lebuhraya sedia ada seperti Lebuhraya Pantai Timur dan Laluan Pantai Timur KTMB dan pelabuhan-pelabuhan yang ada. Projek ECRL dijangka mengambil masa 7 tahun untuk dibina. Ianya sudah pasti memberikan banyak manfaat kepada rakyat.

Joni Muhamat Yahya
Penolong Bendahari Pemuda UMNO Negeri Johor
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ayer Hitam

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.