UMNO Tidak Akan Ditalkinkan – Mohamad

SHAH ALAM 7 Feb. – UMNO akan kembali kuat dengan semangat baharu dan tidak akan ‘ditalkinkan’ hanya kerana Barisan Nasional (BN) tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas Presiden, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata, kemenangan di Cameron Highlands baru-baru ini ada petanda parti itu tetap disayangi oleh rakyat.

Malah dalam sesi Bicara Minda, ketika diajukan soalan mengenai hayat UMNO oleh moderator, Tan Sri Johan Jaafar, tentang taklin ke atas UMNO, beliau dengan sinis memberitahu mungkin pihak lain dahulu yang akan ditalkinkan.

“Tak tahulah siapa yang ditalkinkan dahulu,” katanya sambil diiringi sorakan oleh orang ramai di dewan Kompleks Karangkraf, di sini hari ini. – UtusanOnline 

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.