20 Fakta Ekonomi Negara : Jangan Senang Dirasuk Syaitan

Saya masih membaca komen, terutama dari penyokong-penyokong DAP – yang berterusan menuduh saya telah menjahanamkan ekonomi negara.

Sebenarnya, persepsi mereka begitu kerana telah terlalu lama terpengaruh dengan propaganda DAP dan mereka tidak pernah cuba untuk mencari fakta sebenar.

Saya senaraikan 20 fakta untuk tahun 2017 di bawah kerajaan BN semasa saya PM, iaitu tahun sebelum PH mengambil alih.

1. Nisbah hutang kerajaan kepada KDNK pada tahun 2017 adalah paling rendah dalam tempoh 9 tahun saya menjadi PM.
https://tradingeconomics.com/malaysia/government-debt-to-gdp

2. Kedudukan Malaysia turun lagi kepada tempat 90 antara 210 negara paling tinggi berhutang – bermakna ada 89 lagi negara di dunia yang kadar hutangnya lebih tinggi.

Cuba lihat 89 negara-negara ini yang memiliki hutang lebih tinggi dari Malaysia:
https://www.cia.gov/…/the-world-fac…/rankorder/2186rank.html

3. Defisit kerajaan menurun 8 tahun berturut-turut sehingga tahun 2017.
https://tradingeconomics.com/malaysia/government-budget

4. Malaysia maju 2 tempat ke atas dan menjadi negara ke 23 paling berdaya saing antara 137 negara di dunia mengikut Indeks Persaingan Global 2017-2018 yang dikeluarkan oleh World Economic Forum.
https://www.thestar.com.my/…/malaysia-moves-up-two-spots-i…/

5. Malaysia naik sembilan anak tangga dan berada di tempat ke-15 daripada 190 negara dalam Laporan Menjalankan Perniagaan 2019 Bank Dunia
http://www.utusan.com.my/…/malaysia-di-tangga-ke-15-dalam-l…

6. Malaysia mencatat kadar pertumbuhan eksport paling paling tinggi dalam tempoh 13 tahun dan berjaya menarik pelaburan swasta sebanyak RM1.9 Trilion untuk tempoh 10 tahun yang lalu – seperti yang diakui oleh kerajaan di bawah PH baru-baru ini.
https://www.facebook.com/…/a.294787430951/10155819706470952/

7. Bursa Saham tutup pada paras tertinggi dalam sejarah pada bulan April 2018 sebelum PRU14:
https://www.thestar.com.my/…/20/bursa-malaysia-at-record-h…/

8. Bursa Malaysia merupakan pasaran saham dengan tempoh lonjakan saham paling lama di dunia iaitu “world’s longest running bull market” bermula tahun 2008 sehingga saya turun sebagai PM pada tahun 2018.
https://www.facebook.com/…/a.294787430951/10155806858295952/

9. Aliran masuk dana asing ke Bursa Malaysia mencecah rekod tertinggi satu tahun iaitu RM429.80 juta pada April 2018.
https://www.hmetro.com.my/…/aliran-masuk-dana-asing-cecah-r…

10. Pertumbuhan ekonomi kita ialah 5.9% pada tahun 2017 iaitu antara paling tinggi di dunia.

Di dalam tempoh sepanjang 48 tahun sejak Singapura meninggalkan Malaysia pada tahun 1963 sehingga tahun 2011, hanya di dalam 5 tahun sahaja di mana pertumbuhan ekonomi Malaysia mengatasi republik ini berbanding 7 tahun berturut-turut semasa saya PM.
https://www.facebook.com/…/a.294787430951/10155801865035952/

11. Bank Dunia telah menaikkan unjuran pertumbuhan KDNK kita 4 kali sebelum PRU14. Kali terakhir ialah pada 30 April 2018. Di bawah PH pula, Bank Dunia sudah menurunkan unjuran ini dua kali.
http://www.theedgemarkets.com/…/world-bank-raises-malaysias…

12. Pada tahun 2017, Bank Dunia juga menyatakan kita hanya memerlukan dua tahun lagi untuk mencapai status negara pendapatan tinggi (high income nation).

Tetapi selepas PH ambilalih, unjuran ini telah dilambatkan sehingga tahun 2024.
https://www.malaymail.com/…/malaysia-can-achieve-high-inco…/

13. Saiz ekonomi berkembang RM665 bilion dari RM685 bilion sehingga RM1.35 trilion pada tahun 2017 semasa saya Menteri Kewangan. Penambahan saiz sebanyak RM685 bilion ini ialah 1 1/2 kali ganda lebih tinggi berbanding keseluruhan saiz ekonomi sebanyak RM418 bilion pada tahun 2003 iaitu tahun terakhir PM ke-4.
https://www.thestar.com.my/…/malaysia-gdp-value-at-rm1-353…/

14. Kadar dividen KWSP untuk tahun 2017 ialah 6.4% iaitu kadar paling tinggi untuk tempoh 21 tahun yang lalu. Dalam tempoh saya menjadi PM, jumlah aset KWSP iaitu kekayaan rakyat naik dengan pesat dari RM342 bilion pada akhir tahun 2008 kepada RM810 bilion pada akhir 2017.
https://www.facebook.com/…/a.294787430951/10155874832445952/

15. Malaysia diiktirafkan sebagai ekonomi paling terunggul antara negara-negara membangun oleh Bloomberg.
https://www.thestar.com.my/…/malaysia-remains-on-top-of-em…/

16. Kadar pengangguran Malaysia hanya 3.4% iaitu satu tahap yang sangat rendah dan diklasifikasi sebagai Full Employment.
https://tradingeconomics.com/malaysia/unemployment-rate

17. Pekali Gini iaitu ukuran ketidaksamaan kekayaan, kadar kemiskinan tegar dan pendapatan isirumah adalah pada tahap paling baik dalam sejarah.
https://www.bharian.com.my/…/pendapatan-isi-rumah-meningkat…

18. Indeks Pembangunan Insan ataupun Human Development Index (HDI) Bank Dunia adalah indeks komposit statistik yang digunaka untuk mengukur pembangunan negara.

Pada tahun 2017, indeks untuk Malaysia naik lagi dan kita medapat klasifikasi “very-high human development”,. Untuk tahun itu, kita di tempat 57 paling tinggi antara 189 negara-negara di dunia berbanding tempat 67 pada tahun 2009.
https://www.thestar.com.my/…/msia-moves-up-human-developm…/…

19. Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) kerajaan PH memuji kerjayaan BN sejak tahun 1950 kerana telah membangunkan negara dengan kadar pertumbuhan yang jauh lebih tinggi berbanding kadar purata pertumbuhan ekonomi dunia dan ekonomi-ekonomi baru muncul yang lain serta di dalam keadaan inflasi terkawal dan kadar pengangguran yang rendah.

PH juga puji BN kerana mewariskan sebuah negara berdaya saing yang amat kuat di peringkat antarabangsa.
https://www.facebook.com/…/a.294787430951/10155835137470952/

20. Pada 25 Mei 2018 iaitu 16 hari selepas BN kalah, Menteri Kewayangan PH umumkan bahawa Ekonomi Malaysia sangat kukuh. Takkan dalam masa 16 hari sahaja, PH telah “memulihkan” ekonomi negara?
https://www.thestar.com.my/…/economy-remains-strong-fundam…/

Kalau ekonomi negara telah “jahanam” di bawah saya, tidak mungkin fakta-fakta di atas boleh wujud.

Kita perlu lebih waras. Jangan senang dirasuk syaitan seperti Chef itu.

Najib Razak

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.