Sabah Berhak Dapat Ketua Menteri Yang Berprinsip, Warisan Jangan Gadai Kedaulatan Negara

KUALA LUMPUR, 15 Sept – Sabah berhak mendapat seorang Ketua Menteri yang berprinsip dan tegas dalam mempertahankan hak mereka, tegas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim. Bidasnya, individu tersebut bukannya seorang Ketua Menteri yang beretorik menyerang kerajaan Persekutuan tetapi dilihat lemah apabila berdepan dengan tekanan negara luar dan penyelesaiannya adalah dengan memilih Barisan Nasional (BN) […]

» Read more

Buka Pintu Rundingan: Shafie Beri Masalah Berpanjangan Buat Sabah, Malaysia – Najib

KUALA LUMPUR, 15 Sept – Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berpandangan Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal telah melakukan kesilapan besar yang akan memberi masalah berpanjangan kepada Sabah dan Malaysia. Kata Najib yang merujuk sebuah laporan media, pada 28 Ogos, secara tiba-tiba Ketua Menteri Sabah itu mengeluarkan kenyataan mahu […]

» Read more

Tuduhan Shafie Menyeleweng… Jangan Timbulkan Sentimen Kenegerian, Bidas Azeez

KUALA LUMPUR, 15 Sept – Tuduhan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bahawa kerajaan Persekutuan tidak serius memindahkan pengurusan Sabah Elektricity Sdn Bhd (SESB) kepada kerajaan negeri adalah suatu perkara yang sangat menyeleweng, bidas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim. Ujar Ahli Parlimen Baling itu, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli sentiasa komited bagi […]

» Read more

‘Blueprint’ Rancak Pembangunan Sabah Jika GRS Menang – Bung Moktar

KINABATANGAN, 14 Sept – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan menyediakan pelan tindakan bagi merancakkan lagi pembangunan negeri ini sekiranya mendapat mandat membentuk kerajaan selepas pilihan raya negeri (PRN) akhir bulan ini. Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata sehubungan itu setiap menteri akan diwajib menyediakan pelan tindakan masing-masing. Sebagai contoh, gabungan itu akan mencari kaedah terbaik […]

» Read more

PRN Sabah: Pertembungan Kerusi ‘Norma Baharu Politik’ Untuk Menang – Bung Moktar

KINABATANGAN, 13 Sept – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin menyifatkan pertembungan antara Perikatan Nasional (PN) dan rakan sekutunya BN serta Parti Bersatu Sabah (PBS) di 17 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 sebagai ‘politik norma baharu’ bagi memastikan gabungan itu menang dan membentuk sebuah kerajaan negeri. “Justeru itu, saya meminta kepada seluruh pemimpin […]

» Read more

Calon KM Sabah… Diputuskan Oleh ADUN Yang Menang – Annuar

KOTA KINABALU, 12 Sept. – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Tan Sri Annuar Musa menjelaskan tajuk berita ‘Hajiji calon KM Sabah – Muhyiddin’ tidak mengambarkan apa yang sebenarnya ditutur oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. “Saya baru bercakap dengan editor yang melaporkan “Hajiji calon KM Sabah-Muhyidin” Setelah disemak, ia jelas tidak menggambarkan apa yang sebenar dituturkan oleh YAB PM,” […]

» Read more

COVID-19: Tiada Arahan Tutup Pasar Di Tawau Oleh Kerajaan Pusat – Ismail Sabri

SANDAKAN, 12 Sept – Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan pusat tidak pernah mengeluarkan arahan berhubung penutupan pasar malam, tamu mingguan, pasar borong, gerai buah dan gerai terbuka di Tawau. Beliau berkata pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak mempunyai kuasa untuk menutup mana-mana lokaliti atau premis tanpa arahan daripada kerajaan pusat. Ismail Sabri berkata demikian ketika […]

» Read more

Masyarakat Perlu Segera Rebut Peluang Sertai i-Saraan – Shahar

SEREMBAN, 11 Sept – Kementerian Kewangan menyeru mereka yang bekerja sendiri dan tidak mempunyai pendapatan tetap supaya segera mengambil peluang menyertai Skim i-Saraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang diwujudkan kerajaan bagi memastikan mereka mendapat manfaat perlindungan sosial. Timbalan Menteri Kewangan II Mohd Shahar Abdullah berkata ini berikutan jumlah yang mendaftar dengan skim tersebut setakat Jun lepas, adalah sedikit, iaitu […]

» Read more

PRN Sabah: BN, PN Dan PBS Setuju Elak Pertembungan Calon

KOTA KINABALU, 11 Sept – Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) hari ini bersetuju secara konsensus untuk mengelak pertembungan calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Presiden UMNO berkata semua parti terlibat juga telah bersetuju membentuk solidariti bagi menghadapi PRN Sabah secara bersama. “Pengumuman (calon) […]

» Read more

Sultan Selangor Dukacita Impak Ditanggung Rakyat Gangguan Bekalan Air Berulang

SHAH ALAM, 8 Sept – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa dukacita dengan impak yang ditanggung rakyat negeri ini ekoran gangguan bekalan air tidak berjadual di beberapa kawasan sejak Khamis lepas. Istana Selangor dalam kenyataan memberitahu, baginda menzahirkan sedemikian selepas dimaklumkan mengenai masalah bekalan air bersih yang terus berulang di negeri ini menerusi satu pertemuan dengan Menteri Besar […]

» Read more
1 206 207 208 209 210 312