PRN Sabah: BN, PN Dan PBS Setuju Elak Pertembungan Calon

KOTA KINABALU, 11 Sept – Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) hari ini bersetuju secara konsensus untuk mengelak pertembungan calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Presiden UMNO berkata semua parti terlibat juga telah bersetuju membentuk solidariti bagi menghadapi PRN Sabah secara bersama.

“Pengumuman (calon) diadakan semalam nampak pertembungan sesama sendiri dan ini akan diselesaikan sesegera yang mungkin,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu beliau menghadiri majlis perjumpaan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama lebih 20 pemimpin daripada BN, PN dan PBS di sebuah hotel di sini.

Semalam, media melaporkan PN mengumumkan bertanding di 29 kerusi pada PRN Sabah dan berkemungkinan besar bertembung dengan BN di tiga kawasan iaitu Paginatan, Tulid dan Sook.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.