‘Blueprint’ Rancak Pembangunan Sabah Jika GRS Menang – Bung Moktar

KINABATANGAN, 14 Sept – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan menyediakan pelan tindakan bagi merancakkan lagi pembangunan negeri ini sekiranya mendapat mandat membentuk kerajaan selepas pilihan raya negeri (PRN) akhir bulan ini.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata sehubungan itu setiap menteri akan diwajib menyediakan pelan tindakan masing-masing.

Sebagai contoh, gabungan itu akan mencari kaedah terbaik untuk memperkasakan sektor pertanian, kata Bung, yang merupakan calon BN di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag, ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan ceramah di Pusat Daerah Mengundi Bukit Garam, di sini, malam tadi.

“Ini realiti, setelah kalah, dalam dua tahun ini, kami pemimpin BN banyak waktu dan membuat kajian mengapa Sabah mundur dari segi industri pertanian, sedangkan tanah kita di Sabah ini terbentang luas,” katanya.

Gabungan iaitu BN, Perikatan Nasional (PN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) akan bertarung bagi merebut 73 kerusi DUN dengan pengundian ditetapkan pada 26 Sept ini. – BERNAMA

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.