Murid 12 Tahun Ke Bawah Dibenar Hanya Pakai Pelindung Muka – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 25 Ogos – Kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah dibenarkan untuk hanya memakai pelindung muka ketika ke sekolah, tanpa perlu memakai pelitup muka pakai buang, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Keputusan itu dibuat semasa Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini dan dipersetujui Kementerian Kesihatan (KKM), katanya pada sidang media […]

» Read more

Permohonan BRF Bagi Syarikat Bumiputera Terjejas COVID-19 Kini Dibuka – Noh Omar

SHAH ALAM, 25 Ogos – Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) membuka permohonan bagi pembiayaan inisiatif khas, Pembiayaan Mudah Bumiputera (BRF) berjumlah RM200 juta di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) bermula hari ini. Pengerusi PUNB, Tan Sri Noh Omar berkata inisiatif itu menawarkan pembiayaan antara RM100,000 hingga RM1 juta bagi membantu syarikat bumiputera yang terjejas akibat COVID-19 untuk meneruskan […]

» Read more

Bekalan Elektrik Di Sabah… Kerajaan Belanja RM26.4 Billion Dari 2001 Hingga 2018 – Shamsul Anuar

KUALA LUMPUR, 23 Ogos – Menteri Tenaga Dan Sumber Asli, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, Kerajaan Persekutuan telah membelanjakan sejumlah RM 26.4 bilion bagi tempoh 2001 hingga 2018 dalam bentuk geran, pinjaman dan subsidi untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan bekalan elektrik di Sabah. Jelas beliau, usaha dan inisiatif Kerajaan ini telah menunjukkan pencapaian positif di mana kadar gangguan bekalan elektrik […]

» Read more

123 Individu Dikompaun, 12 Direman Ingkar PKPP – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 23 Ogos – Seramai 123 individu dikompaun manakala 12 direman atas kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata antara kesalahan dilakukan adalah kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan fizikal melibatkan 55 individu; 37 individu (aktiviti dalam pub atau kelab malam), 30 (gagal sediakan peralatan atau […]

» Read more

PRK Slim: Rugi Jika Tidak Memilih Zaidi Yang Banyak Pengalaman – Fadzli

TANJUNG MALIM, 21 Ogos – Presiden Majlis Belia Felda Malaysia, Muhammad Fadzli Hasan berkata calon Barisan Nasional (BN) Slim, Mohd Zaidi Aziz adalah calon yang paling sesuai diangkat menjadi wakil rakyat bagi kawasan Slim. Jelas beliau, Zaidi merupakan sosok tubuh yang sangat mesra kepada rakyat serta orang muda. Pengalaman bersama beliau di Majlis Belia Malaysia (MBM) banyak membantu pada setiap […]

» Read more

Sebanyak RM512.5 Juta Disalurkan Kepada Kkm Setakat 7 Ogos, 2020 – Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 20 Ogos – Setakat 7 Ogos 2020, sebanyak RM512.5 juta telah disalurkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam usaha untuk meningkatkan lagi keupayaan kementerian tersebut untuk memerangi COVID-19, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. Beliau berkata usaha pembendungan penularan pandemik itu adalah faktor kritikal dalam pemulihan ekonomi dan sebanyak RM1 bilion telah diperuntukkan bagi membiayai […]

» Read more

Perkembangan Ekonomi Negara Suku Ke-2, Tahun 2020… Ada Tanda Pemulihan

EKONOMI Malaysia dilaporkan menguncup sebanyak 17.1% pada suku kedua tahun 2020 akibat kesan langkah-langkah pembendungan yang ketat bagi mengawal pandemik COVID-19. Walaupun penyusutan ini paling buruk sejak 1998, namun ekonomi Malaysia mula memaparkan tanda-tanda awal pemulihan sejak bulan Mei berikutan pembukaan perniagaan secara beransur-ansur. Prospek pemulihan berbentuk lekuk-V disokong oleh peningkatan semula penunjuk utama seperti perdagangan borong dan runcit, perbelanjaan […]

» Read more

PRN Sabah: Tarikh Mengundi 26 Sept, Penamaan Calon 12 Sept

KOTA KINABALU, 17 Ogos – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Sept sebagai tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. Tarikh penamaan calon bagi pilihan raya berkenaan pula pada 12 Sept manakala pengundian awal ditetapkan pada 22 Sept. Pengumuman dibuat oleh Timbalan Pengerusi SPR Dr Azmi Sharom dalam sidang medianya hari ini selepas mempengerusikan mesyuarat khas SPR berhubung PRN […]

» Read more

286 Individu Ditahan Ingkar Arahan PKP – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 17 Ogos – Seramai 286 individu ditahan atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata daripada jumlah itu 44 individu direman manakala 242 individu pula dikenakan kompaun. “Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk gagal menyediakan peralatan atau catatan keluar masuk (34), premis beroperasi lebih masa […]

» Read more

Kes Rasuah Guan Eng: Rakyat Jangan Terpedaya Drama Simpati Dap

KUALA LUMPUR, 17 Ogos – Ketua Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal, Mohd Norhiesam Ismail melahirkan harapan agar rakyat tidak terpedaya dengan drama simpati yang dimainkan oleh Dap kononnnya bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dianiaya. Jelas beliau, seperti biasa Dap cuba menanam persepsi negatif di minda rakyat kononnya kerajaan pimpinan Perikatan Nasional (PN) bersikap tidak adil dan sengaja […]

» Read more
1 224 225 226 227 228 285