PRK Slim: Rugi Jika Tidak Memilih Zaidi Yang Banyak Pengalaman – Fadzli

TANJUNG MALIM, 21 Ogos – Presiden Majlis Belia Felda Malaysia, Muhammad Fadzli Hasan berkata calon Barisan Nasional (BN) Slim, Mohd Zaidi Aziz adalah calon yang paling sesuai diangkat menjadi wakil rakyat bagi kawasan Slim.

Jelas beliau, Zaidi merupakan sosok tubuh yang sangat mesra kepada rakyat serta orang muda. Pengalaman bersama beliau di Majlis Belia Malaysia (MBM) banyak membantu pada setiap program-program yang diadakan sama ada diperingkat akar umbi sehingga keperingkat Asean.

“Rugi rasanya kepada orang-orang muda dalam Felda seluruh negara khasnya dalam kawasan Slim kalau tidak memilih Zaidi sebagai wakil rakyat di kawasan ini.

“Jadi bagi menyambung kesinambungan yang dibuat oleh Allahyarham Datuk Khusairi sememangnya beliau banyak membantu dalam pembangunan Felda dan sesuai dibuat oleh Zaidi. Insya-Allah … saya dan rakan-rakan akan sama-sama membantu untuk memastikan warga Felda khususnya orang muda terbela di bawah beliau.

Menyentuh mengenai salah seorang calon yang bertanding, Fadzli Hasan yang juga Timbalan Presiden MBM membidas calon tersebut yang hanya pandai bercakap dan tiada kredibiliti untuk menjadi wakil rakyat Slim.

“Dia apabila belum dapat semua benda dia boleh cakap sampai peringkat itu dan ini, ia berbeza dengan Zaidi, memang sudah terbukti kepimpinannya di peringkat akar umbi sehingga ke peringkat antarabangsa.

“Saya rasa memang jauh kalau hendak dibandingkan dengan calon yang bertanding. Ia mempunyai harapan yang tinggi kepada warga Felda di kawasan Slim khasnya orang-orang muda untuk keluar mengundi dan memilih calon BN.

“Saya menyeru kepada rakan-rakan khasnya dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim ini untuk sama-sama balik sama ada pengundi luar atau pengundi Felda ini sendiri untuk memilih Zaidi Aziz,” tegasnya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.