PRK Chini: ‘PH Tidak Ada Harapan’ – Pemuda UMNO Pahang

KUANTAN, 6 Jun – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pahang, Mohd Farid Mohd Nor  berkata tidak pelik seandainya Pakatan Harapan (PH) meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini kerana mereka hanya sekadar mengambil peluang membangkitkan isu-isu yang sudah lapuk sepanjang kempen kelak. Katanya, setelah PH kalah di kelima-lima PRK sebelum ini mereka seumpama tiada haluan […]

» Read more

Pemuda UMNO Sabah Bidas Kenyataan Pemimpin Warisan Berbaur Hasutan

KOTA KINABALU, 5 Jun – Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Sabah menyelar kenyataan seorang pemimpin Parti Warisan Sabah, Datuk Ismaily Bongsu yang mengeluarkan kenyataan berbentuk hasutan untuk membenci dan tidak setia kepada raja. Kata Ketuanya, Ir Abdul Aziz Julkarnain, amat jelas dan terang kenyataan yang dikeluarkan Ismaily itu salah di sisi undang-undang di bawah Akta Hasutan 1948 Seksyen 3(1)(a), (b), dan […]

» Read more

Pemuda UMNO Gesa Kerajaan Negeri Kedah Proaktif, Bukan Umum Kemudian Biarkan ‘Ibarat Angin Membuai Lalu’

LANGKAWI, 21 April – Kerajaan Negeri Kedah masih belum menampakkan usaha dan perlaksanaan yang bersungguh-sungguh dalam membantu pemain-pemain industri pelancongan terutamanya di Pulau Langkawi. Menurut Ketua Pergerakan Pemuda UMNO bahagian tersebut, Ahmad Marzuki Shari’at, maklumat serta pakej rangsangan yang dibuat oleh Menteri Besar (MB) Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir masih samar dan meragukan. “Maklumat yang jelas tidak sampai kepada rakyat […]

» Read more

COVID-19: Jangan Sampai Rakyat Hilang Tempat Tinggal, Pemuda UMNO Tawar Khidmat Nasihat Perundangan

KUALA LUMPUR, 21 April – Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Nik Saiful Adli Burhan tertarik dengan kenyataan Ketuanya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengenai nasib penyewa rumah yang tidak mempunyai pendapatan pada waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), seterusnya tidak mampu membayar sewa kepada pemilik rumah. Ujarnya, sememangnya apa yang ditekankan oleh Pemuda UMNO ialah kerisauan jika ianya meningkatkan lagi jumlah […]

» Read more

Pemuda UMNO Johor Sambut Baik Inisiatif Terbaru Kerajaan Negeri

KUALA LUMPUR, 20 April – Pemuda UMNO Johor menyambut baik inisiatif terbaru Kerajaan negeri itu yang akan memberikan bantuan tunai antara RM250 dan RM500 kepada rakyat yang bukan tergolong sebagai penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) atau Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dalam berhadapan kesan pandemik COVID-19. Ketuanya Mohd Hairi Mad Shah berkata inisiatif tersebut disifatkan sebagai murni serta terpuji dan ini […]

» Read more

Tiga Sektor Ekonomi Dibenarkan Kembali Beroperasi, Pemuda UMNO Suarakan Kebimbangan

KUALA LUMPUR, 15 April – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menyuarakan kebimbangan serta kewajaran Menteri Kanan, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mengisytiharkan kebenaran tiga sektor ekonomi untuk kembali beroperasi menimbulkan persoalan. Ini kerana katanya negara masih bergelut memastikan rantaian wabak virus COVID-19 diputuskan melalui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa Tiga. “Apakah benar dakwaan memanfaatkan […]

» Read more

Pemuda UMNO Sambut Baik Kerajaan Ambil Kira Maslahah Lebih Besar – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR,13 April – Pemuda UMNO menyambut baik keputusan kerajaan yang tidak meneruskan hasrat membenarkan kedai gunting rambut dan cermin mata untuk beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ketua Pemudanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata langkah tersebut merupakan keputusan yang baik bagi memutuskan rantaian wabak COVID-19. “Moga kerajaan terus mendengar nasihat pakar dan keluhan suara hati rakyat. Tiada […]

» Read more

Kenyataan Biadap Terhadap Anggota Keselamatan: Pemuda UMNO Raub Buat Laporan Polis

KUALA LUMPUR, 12 April – Pemuda UMNO Raub hari ini membuat laporan polis berhubung satu kenyataan salah seorang netizen yang menggunakan nama Zahid Mamat ekoran memuatnaik dalam Facebook group “Penduduk Raub” yang mana dianggap biadap. Ketua Pemudanya, Fadzli Mohamad Kamal berkata beliau terpanggil untuk membuat laporan polis di IPD Raub berhubung kenyataan berkenaan yang memang terang-terangan berhasrat menghasut rakyat membenci […]

» Read more

Pemuda UMNO Kemuka Lima Alasan Agar Kerajaan Pertimbang Kembali Keputusan LPPSA- Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 8 April – Pemuda UMNO hari ini memberikan lima alasan untuk kerajaan mempertimbangkan kembali keputusan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) berhubung keputusan ketiadaan moratorium terhadap pembayaran balik ansuran bulanan pembiayaan perumahan bagi sektor awam. Ketuanya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata pihaknya sedikit terkilan dengan kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh LPPSA dengan alasan kakitangan awam menerima gaji […]

» Read more

MB Mesti Bertanggungjawab, Fahami Perintah PKP – Pemuda UMNO N. Sembilan

KUALA LUMPUR, 1 Apr – Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir merasa terkilan dengan tindakan Menteri Besar Negeri Sembilan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat, Datuk Seri Aminuddin Harun yang tidak mempedulikan arahan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Katanya, walaupun menyampaikan bantuan adalah perkara kebajikan yang terpuji, namun tindakan secara terbuka menyebabkan rakyat […]

» Read more
1 50 51 52 53 54 593