Zahid Puji Langkah Pemuda UMNO Bantu Golongan Teraniaya, Dikompaun

KUALA LUMPUR, 17 Mac – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memuji langkah yang dilakukan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang menawarkan bantuan khidmat guaman kepada individu yang dikenakan kompaun. Katanya, bantuan khidmat guaman percuma tersebut amat membantu terutama kepada golongan yang berdepan pelbagai kesukaran bagi meneruskan kelangsungan hidup. “Kompaun RM10,000 yang dikenakan ke atas rakyat jika mereka secara […]

» Read more

Pemuda UMNO Bakal Digerakkan Bantu Program MyVAC

KUALA LUMPUR, 16 Mac – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyokong penuh inisiatif kerajaan melancarkan Program ‘Malaysia Vaccine Support Volunteer’ (MyVac) yang bakal dikelolakan oleh Kementerian Belia dan Sukan. Ujar Ketuanya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, sukarelawan MyVac merupakan satu inisiatif kerajaan untuk menggembleng sukarelawan membantu ‘frontliners’ dalam mengelolakan pemberian vaksin kepada seluruh rakyat Malaysia yang akan dipusatkan di Pusat Pengurusan […]

» Read more

Kompaun RM10,000: Pemuda UMNO Tawar Khidmat Nasihat Guaman Percuma

KUALA LUMPUR, 16 Mac – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia amat prihatin dengan keluh-kesah rakyat mengenai isu peningkatan amaun kompaun berjumlah RM10,000 yang melibatkan kes-kes perlanggaran prosedur operasi standard (SOP) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menurut Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, walaupun secara prinsipnya Pemuda UMNO menyokong usaha kerajaan memperketatkan SOP untuk membendung penularan COVID-19, namun jumlah kompaun yang terlalu […]

» Read more

Isu Kalimah Allah: Pemuda UMNO Cadang Tiga Langkah Segera Kerajaan Wajar Lakukan

KUALA LUMPUR, 12 Mac – Pemuda UMNO hari ini berpandangan tiga langkah sewajarnya perlu diambil oleh kerajaan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa Kristian dibenarkan untuk menggunakan kalimah Allah. Ketuanya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata pertamanya kerajaan seberapa segera merayu keputusan Mahkamah Tinggi dan tindakan paling awal adalah membuat permohonan kepada Mahkamah Rayuan agar keputusan Mahkamah Tinggi tersebut […]

» Read more

Inisiatif Sanitasi Percuma Pemuda UMNO-PAS Bakal Serlah Khidmat Anak Muda Kepada Masyarat

MERSING, 26 Feb – Pergerakan Pemuda UMNO Mersing menyambut baik inisiatif Pemuda UMNO dan Pemuda PAS untuk menjalankan inisiatif sanitasi atau nyahkuman secara percuma bagi mencegah virus Covid-19 di seluruh negara. Ketuanya, Azmir Zainal Abidin menjelaskan, pihaknya akan segera mengerakkan jentera bersama Pemuda PAS melalui Skuad Sabil dan Jabatan Amal untuk mengenal pasti kawasan-kawasan awam di Daerah Mersing agar gerak […]

» Read more

Pemuda UMNO, PAS Bersama Gerakkan Agenda Sanitasi Kawasan Tumpuan Awam

KUALA LUMPUR, 26 Feb – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan Dewan Pemuda PAS Malaysia telah bersepakat menggerakkan secara bersama jentera Pemuda UMNO dan PAS di seluruh Malaysia untuk menjalankan inisiatif sanitasi atau nyahkuman secara percuma bagi mencegah virus COVID-19. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, fokus gerak kerja bersama ini akan ditumpukan di kawasan awam terutamanya […]

» Read more

Skuad Sabil Dan Pemuda UMNO Konsisten Bantu Rakyat – Fazly Zainudin

KUALA LUMPUR, 24 Feb – Sukarelawan Skuad Sabil dan Pemuda UMNO telah banyak menjalankan khidmat bakti dan tugas-tugas kebajikan bagi membantu masyarakat setempat. Menurut Pesuruhjaya Skuad Sabil Malaysia, Datuk Mohamad Fazly Zainudin, sebanyak 191 Pemuda UMNO bahagian seluruh Malaysia telah membantu rakyat serta ‘menjuarai jiwa’ dan ‘hati rakyat’ di kala negara sedang dilanda pandemik COVID-19. Katanya, walaupun sukarelawan skuad Sabil […]

» Read more

Tarik Balik, Perbetulkan Fakta Sejarah Tingkatan 4 Mengagungkan Komunis – Pemuda UMNO

KUALA LUMPUR, 24 Feb – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia memandang serius unsur-unsur fakta yang dimanipulasikan dengan mengagung-agungkan pihak komunis sebagai pejuang kemerdekaan dalam silibus dan sukatan buku teks sejarah tingkatan 4 Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Menurut Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, perkara ini semacam satu usaha terancang dan sengaja dilakukan ketika 22 bulan Pakatan Harapan (PH) memerintah bagi […]

» Read more

Pemuda UMNO Ampang Ambil Inisiatif  Santuni Penghantar Makanan

KUALA LUMPUR, 21 Feb – Kesungguhan serta komitmen penghantar makanan yang boleh juga dikategorikan sebagai barisan hadapan, mendapat perhatian Pemuda UMNO Ampang hari ini apabila mengambil inisiatif tersendiri dalam mengiktiraf peranan golongan berkenaan. Biarpun sumbangan sederhana, namun secara dasarnya sumbangan tersebut memperlihatkan keprihatinan Pemuda UMNO Ampang terhadap penghantar makanan daripada kawasan tersebut apabila menyumbang 200  topi keledar. Menurut Exco Pemuda […]

» Read more
1 38 39 40 41 42 593