Undi PH dan UMNO/BN ‘Masuk Api Neraka’… Pas Masih Jumud Politik Sempit

KUALA LUMPUR, 11 Nov – Kenyataan Ketua Pemuda Pas Sik, Mohd Shahiful Nasir yang memberi amaran kepada para pengundi akan ‘masuk api neraka’ sekiranya memilih Pakatan Harapan (PH) dan UMNO/Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 memperlihatkan parti itu masih jumud dengan politik sempit. Pengarah Komunikasi Pemuda UMNO Malaysia, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri berkata, aliran […]

» Read more

UMNO/BN Sentiasa Realistik, Idealis Penuhi Keperluan Rakyat – Farhan Khairuddin

KUALA LUMPUR, 6 Nov – UMNO/Barisan Nasional (BN) sentiasa idealis dan realistik tanpa menaburkan janji-janji manis sebaliknya menawarkan khidmat bakti dan pada waktu sama menyentuh keperluan rakyat masa kini. Exco Pemuda UMNO Malaysia, Farhan Khairuddin berkata, meskipun manifesto UMNO/BN untuk Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 belum diumumkan lagi, sudah semestinya ia tidak akan lari daripada menjaga seluruh aspek kebajikan rakyat […]

» Read more

UMNO/BN Akan Terus Kekal Berkuasa Di Pahang – Mohd Nizar

KUALA LUMPUR, 4 Nov – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pekan, Datuk Mohd Nizar Najib yakin dengan prestasi cemerlang yang ditunjukkan oleh kerajaan negeri Pahang, peluang untuk UMNO/Barisan Nasional (BN) terus kekal berkuasa di negeri tersebut amat tinggi. Jelasnya, pemerintahan kerajaan negeri Pahang di bawah Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail jelas menunjukkan bahawa hanya dengan pentadbiran yang […]

» Read more

UMNO/BN Tidak Bermusuh Dengan Sesiapa Tapi Kebencian Muhyiddin Melampau – Aziz Julkarnain

KUALA LUMPUR, 31 Okt – Tindakan Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak menghairankan apabila memusuhi UMNO/Barisan Nasional (BN), kata Ketua Pemuda UMNO Negeri Sabah Datuk Ir Abdul Aziz Julkarnain. Ini kerana katanya, sejak dari awal penubuhan parti tersebut sememangnya untuk menjatuh dan mahu menggantikan UMNO sebagai parti terbesar bagi orang Melayu. “Bekas perdana menteri itu sudah lama memusuhi UMNO/BN […]

» Read more

‘Fake’ Akaun Mula Jadi ‘Penghujah’, Musim Burukkan Pimpinan UMNO/BN Bermula – Tengku Haphiz

KUALA LUMPUR, 27 Okt – Ketua Pemuda UMNO Tengku Haphiz Tengku Putera melihat tindakan pihak-pihak tertentu yang menggunakan media sosial khususnya penggunaan akaun palsu bagi memburukkan kepimpinan Barisan Nasional (BN) setempat adalah taktik lapuk dalam usaha menjatuhkan reputasi pimpinan yang sentiasa dekat dengan rakyat. Jelas beliau langkah berkenaan pada waktu-waktu sebegini sememangnya telah dijangka dan tidak mustahil apabila tempoh berkempen […]

» Read more

Bung Moktar Minta Jentera UMNO/BN Berjuang Habis-habisan Pastikan Kemenangan

KOTA KINABALU, 26 Okt – Jentera parti UMNO/Barisan Nasional (BN) perlu berjuang berhabis-habisan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang disifatkan sebagai pilihan raya antara ‘hidup dan mati’ untuk menentukan sama ada UMNO/BN dapat mengemudi negara semula ataupun sebaliknya. Sehubungan itu, Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berharap jentera parti UMNO/BN di semua peringkat perlu melihat PRU15 kali […]

» Read more

PRU15: Kesiapsiagaan Pemuda BN Berada Pada Maksimum

KUALA LUMPUR, 20 Okt – Persiapan Pemuda Barisan Nasional (BN) seluruh negara untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 berada pada tahap maksimum dan akan memberi tumpuan serta pendekatan yang sebaiknya dalam usaha membantu parti mencapai kemenangan kelak. Ketuanya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata pendekatan terbabit antara lain tidak jauh beza sepertimana pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor khususnya […]

» Read more

Pemuda BN Kempen Secara Matang, Tolak Budaya Hasut, Timbulkan Kebencian- Dr Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR, 20 Okt – Pemuda Barisan Nasional (BN) akan memberi tumpuan serta fokus ke arah politik matang dan menolak sebarang budaya kempen politik kebencian pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 yang akan berlangsung November ini. Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata untuk itu mereka akan menjelajah ke seluruh negara dalam usaha menerangkan dasar serta polisi-polisi BN yang yang […]

» Read more

Yakin Anak Muda Bersama UMNO/BN Demi Masa Depan Negara

PUTRAJAYA, 19 Okt – Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Putrajaya percaya bahawa sokongan anak muda di kawasan tersebut tidak lain dan tidak bukan adalah UMNO/Barisan Nasional (BN) yang akan terus diyakini untuk diberikan mandat agar dapat mengekalkan Parlimen Putrajaya dan menyumbang kepada kemenangan di peringkat Persekutuan. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya, Dr Tengku Iqbal Munawwir Tengku Adnan berkata, meskipun […]

» Read more

UMNO/BN Konsisten Khidmat Bakti, Tidak Pernah Gagal Bantu Rakyat – Aziz Julkarnain

KUALA LUMPUR, 19 Okt – Banjir tetap akan berlaku cuma tidak tahu bila namun pakar Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah memaklumkan bahawa musim banjir akan berlaku pada hujung bulan November dan Disember. Selaras dengan itu, Ketua Pemuda UMNO Negeri Sabah Datuk Ir Abdul Aziz Julkarnain membidas pihak lawan yang sering melaungkan isu banjir dan meremehkan UMNO/Barisan Nasional (BN) terutamanya pembubaran […]

» Read more
1 166 167 168 169 170 598