UMNO/BN Sentiasa Realistik, Idealis Penuhi Keperluan Rakyat – Farhan Khairuddin

KUALA LUMPUR, 6 Nov – UMNO/Barisan Nasional (BN) sentiasa idealis dan realistik tanpa menaburkan janji-janji manis sebaliknya menawarkan khidmat bakti dan pada waktu sama menyentuh keperluan rakyat masa kini.

Exco Pemuda UMNO Malaysia, Farhan Khairuddin berkata, meskipun manifesto UMNO/BN untuk Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 belum diumumkan lagi, sudah semestinya ia tidak akan lari daripada menjaga seluruh aspek kebajikan rakyat khususnya orang muda.

“Manifesto belum diumumkan lagi. of course ada surprise element yang mungkin akan diketengahkan. Sudah pasti ianya tidak lari dari berkisar ‘bread and butter’ masyarakat serta rakyat di luar sana khususnya orang muda.

“Soal job opportunity, climate change, taraf ekonomi dan sebagainya. Ini menjadi kira-kira dan pertimbangan parti untuk memberi tawaran kepada rakyat.

“Berdasarkan track record, UMNO/BN adalah parti yang akan sentiasa melampirkan manifesto yang mampu dilakukan. Kita tidak akan ambil apa jua cara untuk kita menipu rakyat ataupun memberikan ‘bulan dan bintang’ kepada rakyat. Hakikatnya, manifesto ini akan menjadi manifesto yang idealis, realistik dalam masa yang sama menyentuh keperluan rakyat masa kini,” katanya kepada UMNO Online.

Dalam pada itu, Farhan berpesan kepada semua anak muda supaya jangan mengambil dakyah-dakyah politik daripada pihak lawan untuk membuat keputusan dalam memilih pentadbir kerajaan.

“Kepada saudara-saudari rakan-rakan saya, saya muda, anda muda. Pada fasa sekarang ini, kita harus memikirkan soal kita dan jangan mengambil dakyah-dakyah politik daripada orang politik khususnya dari Pakatan Harapan (PH) sebagai satu garis untuk kita membuat keputusan pada PRU ke-15.

“Negara ini telah melalui fasa yang sangat sukar. Penipuan politik, pengkhianatan, ketidakstabilan, ketidaktentuan, maka ini adalah masa untuk kita kembalikan semula apa yang pernah kita kecapi dahulu.

“Pilihan raya kali ini adalah untuk kita memastikan kestabilan, keluar daripada ketidaktentuan dan membaik pulih semula negara kita,” katanya lagi.

Selepas PRU14, Malaysia berada dalam keadaan tidak stabil khususnya dalam sudut politik apabila PH menjadi kerajaan kali pertama menggantikan UMNO/BN semenjak merdeka

Ketidak stabilan inilah yang membuatkan Pakatan Harapan hanya mampu bertahan selama 22 bulan. Ini kerana PH hanyalah gabungan rapuh yang membentuk pakatan ‘kosmetik’ kerana parti-parti gabungan tersebut mempunyai agenda masing-masing. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.