UMNO/BN Tidak Bermusuh Dengan Sesiapa Tapi Kebencian Muhyiddin Melampau – Aziz Julkarnain

KUALA LUMPUR, 31 Okt – Tindakan Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak menghairankan apabila memusuhi UMNO/Barisan Nasional (BN), kata Ketua Pemuda UMNO Negeri Sabah Datuk Ir Abdul Aziz Julkarnain.

Ini kerana katanya, sejak dari awal penubuhan parti tersebut sememangnya untuk menjatuh dan mahu menggantikan UMNO sebagai parti terbesar bagi orang Melayu.

“Bekas perdana menteri itu sudah lama memusuhi UMNO/BN dan kebenciannya tidak dapat terbendung lagi. Kebencian Muhyiddin pada UMNO/BN adalah konsisten dan beliau telah menyebut bahawa musuh dan misi utamanya menumbangkan parti terbesar di negara ini.

“Percayalah bahawa UMNO/BN tidak mempunyai perasaan yang sama iaitu misi balas dendam kerana parti tersebut hanya berkhidmat untuk rakyat.

“UMNO/BN ini hanya berkhidmat untuk rakyat dan tidak bermusuh dengan sesiapa namun hanya mahu menyelamatkan negara ini dari tidak kestabilan,” katanya ketika ditemui UMNO Online, di sini.

Dalam pada itu kata Aziz lagi, pihak lawan tidak akan bekerjasama lagi dengan PPBM dan sudah serik ditipu oleh Muhyiddin hanya kerana beliau ingin menjadi perdana menteri lagi.

“Ini bermakna parti PPBM tidak laku berganding bahu dengan Pakatan Harapan (PH) kerana mereka serik dan tidak percaya dengan ‘langkah Sheraton’ yang diwujud olehnya semata-mata mahu menjadi perdana menteri,” katanya lagi.

Tambahnya lagi, pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini tidak mustahil Muhyiddin tetap berusaha akan menjalinkan kerjasama dengan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) untuk menentang UMNO/BN.

“Saya sebenarnya lebih hairan beliau hanya mahu berkerjasama dengan parti Pejuang padahal sebelum ini sangat agresif untuk mewujudkan ‘khemah besar’ bersama-sama PH,” ujarnya lagi. – UMNO Online

Oleh: Amin Adnan

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.